awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
SHMMP: KPDN Pulau Pinang tempatkan 137 pegawai penguat kuasa, 60 pegawai pemantau
Tiga empangan di Pulau Pinang catat kapasiti lebih 90 peratus menjelang musim kering
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Guru terperanjat nama didaftarkan sebagai anggota RELA sejak 2011

Azmie Lim
Azmie Lim
16/06/2021
01:23 MYT
Guru terperanjat nama didaftarkan sebagai anggota RELA sejak 2011
Laporan tersebut, kata Darmawan dibuat kerana dia bimbang jika namanya telah disalahguna oleh individu-individu tertentu untuk kepentingan yang tidak diketahui. - Astro AWANI
LAHAD DATU: Seorang guru sekolah menengah di sini membuat satu laporan polis setelah mendapati namanya didaftarkan sebagai anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) tanpa pengetahuannya.
Darmawan Arsad berkata dia mengetahui perkara tersebut setelah membuat semakan bagi pendaftaran anggota RELA melalui satu pautan di media sosial.
Katanya, hasil semakan tersebut mendapati namanya telah berdaftar sebagai anggota RELA sejak tahun 2011 dan dia terkejut kerana dia tidak pernah membuat sebarang pendaftaran di mana-mana pejabat RELA.
"Pada sebelah malam, saya memeriksa semula status pendaftaran dan saya dapati nama saya sudah tidak ada dalam sistem.
"Keesokan paginya, saya telah pergi ke pejabat RELA berdekatan untuk membuat semakan dan didapati nama saya sebenarnya masih ada sejak 2011 hingga kini," katanya.
Menurut Darmawan, dia bimbang dengan keadaan tersebut dan telah membuat satu laporan polis bagi tindakan selanjutnya.
Laporan tersebut, katanya dibuat kerana dia bimbang jika namanya telah disalahguna oleh individu-individu tertentu untuk kepentingan yang tidak diketahui.
Dalam pada itu, Darmawan turut mengingatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada terhadap data peribadi masing-masing agar tidak disalahguna oleh individu atau pihak yang tidak bertanggungjawab.
Sementara itu, Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) menerusi kenyataan rasmi menyatakan bahawa siasatan dalaman akan dibuat bagi mengenalpasti tatacara pendaftaran keanggotaan yang dilaksanakan sebelum Akta Pasukan Sukarelawan Malaysia (Akta 752) dikuatkuasakan pada 2012.
BACA: RELA lancar siasatan dalaman dakwaan 'pendaftaran tanpa rela'
RELA turut menafikan berlakunya pendaftaran secara automatik dan menegaskan perbuatan tersebut bercanggah dengan perkara yang dinyatakan di Seksyen 6(1) Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.
Topic Berkaitan
#RELA
#guru
#anggota
#semakan pendaftaran
#Jabatan Sukarelawan Malaysia
#laporan polis
#data peribadi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan