awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Maxwell enggan jawab soalan berkaitan Epstein dalam pendengaran Kongres AS
Siasat dan tahan pendakwah: Jangan timbul spekulasi negatif terhadap SPRM - Zamri
Langgar mati lari: Penjawat awam 49 tahun serah diri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Guru wanita di Sandakan cedera akibat ditikam

Bernama
Bernama
02/09/2016
09:28 MYT
Guru wanita di Sandakan cedera akibat ditikam
Seorang lelaki bersenjatakan sebilah pisau muncul di tepi pintu bahagian pemandu kereta. - Gambar hiasan
Seorang guru wanita cedera dileher akibat ditikam seorang lelaki di kawasan letak kereta berhampiran sebuah restoran di Batu 4 dekat sini semalam.
Ketua Polis Daerah Sandakan ACP, Zabidi Mohd Zain kejadian berlaku kira-kira pukul 6.20 petang ketika guru berusia 27 tahun itu sedang memparkir keretanya sebelum membeli makanan di restoran tersebut.
"Belum sempat guru itu keluar dari keretanya, seorang lelaki bersenjatakan sebilah pisau muncul di tepi pintu bahagian pemandu kereta itu dan menyuruhnya duduk di sebelah kiri kereta tersebut.
"Guru itu menjerit meminta tolong yang menyebabkan lelaki itu bertindak menikam lehernya sebelum melarikan diri, katanya hari ini.
Zabidi berkata guru itu pada mulanya memandu keretanya ke kawasan hadapan restoran itu untuk meminta pertolongan, namun orang ramai yang berada di situ tidak memperdulikannya.
Mangsa kemudiannya memandu keretanya balik ke rumah di mana dia dibawa ke hospital oleh rakan serumahnya, katanya.
Beliau berkata pihak polis sedang menjejaki suspek yang berumur lingkungan 20-an.
Kes disiasat kerana sengaja mendatangkan kecederaan.
Topic Berkaitan
#guru cedera ditikam
#guru ditikam
#kes jenayah
#Sandakan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan