MALAYSIA
Guru wanita dikelar, JKM pantau dan beri kaunseling
Rozita (kiri) merasmikan Projek Akuaponik Pintar Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Teluk Bahang semalam. - Foto Sinar Harian
BALIK PULAU: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Pulau Pinang akan memantau dan memberikan kaunseling kepada guru wanita yang menjadi mangsa kelar suaminya di Taman Tunas Muda di Sungai Ara, di sini pada 27 Ogos lepas.
Pengarah JKM Pulau Pinang Rozita Ibrahim berkata pegawai JKM telah mengadakan lawatan ke rumah mangsa yang berusia 28 tahun itu, namun keluarga wanita itu meminta diberikan ruang dan masa kepada mereka terlebih dahulu.
"JKM komited untuk memberikan sokongan berterusan termasuk sesi kaunseling apabila mangsa dan keluarganya sudah bersedia," katanya kepada pemberita selepas merasmikan projek akuaponik pintar solar di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) Teluk Bahang di sini semalam.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang (JPNPP) Mohammad Dziauddin Mat Saad berkata pihaknya juga akan menawarkan bantuan dari segi pemulihan supaya beliau boleh kembali berkhidmat.
Mohammad Dziauddin berkata guru berkenaan kini sedang cuti sakit dan menjalani rawatan susulan.
''Kita telah menggerakkan pasukan kaunselor organisasi dari Pejabat Pendidikan Daerah Timur Laut dan JPNPP. Lawatan pertama dilakukan minggu lepas," katanya ketika dihubungi di sini.
Dalam kejadian kira-kira 6 pagi itu, suami mangsa yang juga seorang guru bertindak mengelar leher isterinya sebelum mencederakan dirinya sendiri dengan menggunakan sebilah pisau, dan kejadian dipercayai kerana masalah hutang pinjaman bank dan ansuran e-dagang.
-- BERNAMA