awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KKR pertimbang lanjutan enam bulan projek WISE
Gudang terbakar, 76.8 tan limau mandarin musnah
Ketua panel Gaza sifatkan kehilangan nyawa "menyayat hati", gesa patuhi gencatan senjata
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Guru wanita rugi RM230,447 terperdaya penipuan dalam talian

Bernama
Bernama
05/09/2025
11:45 MYT
Guru wanita rugi RM230,447 terperdaya penipuan dalam talian
Mangsa pada mulanya menerima panggilan daripada individu yang mendakwa sebagai pegawai insurans sebelum disambungkan kepada beberapa pihak menyamar sebagai polis, pendakwa raya dan Bank Negara Malaysia. - Gambar hiasan
KUANTAN: Seorang guru wanita kerugian sebanyak RM230,447 selepas diperdaya sindiket penipuan dalam talian yang mendakwanya terlibat dengan kes pengubahan wang haram.

Ringkasan AI
  • Seorang guru wanita berusia 40 tahun kerugian RM230,447 selepas diperdaya sindiket penipuan dalam talian yang menyamar sebagai pegawai insurans, polis, pendakwa raya dan wakil Bank Negara Malaysia, mendakwa mangsa terlibat dalam kes pengubahan wang haram.
  • Mangsa diarahkan membuka akaun baharu, membuat pinjaman dan memasukkan wang simpanan serta hasil gadaian barang kemas ke dalam akaun tersebut kononnya untuk menangguhkan waran tangkap dan mengelakkan pembekuan aset.
  • Mangsa menyedari ditipu selepas mendapati wang dalam akaun berkurangan dan membuat laporan polis di IPD Maran; kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman berkata mangsa berusia 40 tahun itu, pada mulanya menerima panggilan daripada individu yang mendakwa sebagai pegawai insurans sebelum disambungkan kepada beberapa pihak yang menyamar sebagai polis, pendakwa raya dan Bank Negara Malaysia.
Beliau berkata suspek mendakwa wanita itu terlibat dengan kes pengubahan wang haram dan mempunyai 23 akaun bank berdaftar atas namanya, sebelum diarahkan membuka akaun baharu di sebuah bank serta membuat pinjaman.
"Seterusnya, mangsa turut diminta memasukkan wang simpanan dan pinjaman serta hasil gadaian barang kemas ke dalam akaun tersebut dengan alasan kononnya untuk menangguhkan waran tangkap danmengelakkan pembekuan aset miliknya," katanya dalam kenyataan hari ini.
Bagaimanapun, mangsa mula menyedari diperdaya setelah mendapati pengurangan wang dalam bank miliknya dengan transaksi ke akaun tidak pasti.
Yahaya berkata mangsa telah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Maran semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#penipuan dalam talian
#warga emas
#menyamar polis
#pengubahan wang haram
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan