awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Guru wanita trauma, kereta dirempuh treler

Petrus Bernard
Petrus Bernard
26/03/2021
08:11 MYT
Guru wanita trauma, kereta dirempuh treler
Pemandu treler tersebut dalam perjalanan dari Taman Anson, Tawau menuju ke Lahad Datu.
TAWAU: Seorang guru wanita berdepan detik mencemaskan apabila kereta jenis Perodua Kancil yang dinaiki dirempuh sebuah treler di Jalan Chung Thien Vun, di sini, pada Jumaat.
Dalam kejadian jam 6.05 pagi itu, mangsa berusia 42 tahun itu, dalam perjalanan ke tempat kerja di sekolah rendah di Kem Kubota Rejimen Askar Melayu DiRaja (RAMD) Ke-7.
Ketua Polis Daerah Tawau Asisten Komisioner Peter Umbuas, berkata, pemandu treler yang membawa muatan kontena itu dikatakan gagal mengawal kenderaannnya lalu melanggar kereta wanita itu sebelum merempuh pondok bas yang terletak di bahu jalan.
Katanya, pemandu treler tersebut dalam perjalanan dari Taman Anson, Tawau menuju ke Lahad Datu.
"Ketika melalui kawasan bulatan, pemandu treler berusia 37 tahun itu, gagal mengawal kenderaannya sebelum terlanggar Perodua Kancil dan pondok bas," katanya.
Tambah Peter, tiada kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan selain kes disiasat mengikut Rule 3 (2)(a) LN 166/59.
Topic Berkaitan
#Guru wanita trauma
#cemas
#kereta dirempuh treler
#Peter Umbuas
#Tawau
#Sabah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan