awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

GV Ride bakal perkenal e-hailing guna EV bermula Disember

Astro Awani
Astro Awani
16/11/2024
10:36 MYT
GV Ride bakal perkenal e-hailing guna EV bermula Disember
Exco Pelaburan, Perdagangan dan Mobiliti Selangor, Ng Sze Han (kiri) merasmikan pelancaran GV Ride di Kajang, pada Sabtu.
KAJANG: Industri e-hailing dan kenderaan elektrik (EV) di Malaysia bakal menerima perkhidmatan baharu apabila GV Ride merancang untuk memperkenal perkhidmatan e-hailing menggunakan EV bermula Disember depan.
Aplikasi e-hailing baharu yang dimiliki syarikat tempatan, GV Car Ventures Sdn Bhd (GVV) itu memasuki pasaran bagi memberi dimensi berlainan dalam kedua-dua industri tersebut.
Ketua Pegawai Eksekutif GVV, Kabeer Maand berkata, langkah itu merupakan salah satu daripada langkah untuk mempromosikan EV dalam industri e-hailing.
“Buat masa ini di Malaysia, EV belum dipromosikan sebagai e-hailing. Justeru, kami berhasrat menjadi peneraju dalam kalangan syarikat e-hailing di negara ini.
“Bagaimanapun, untuk permulaan, kita akan memulakannya di Lembah Klang dahulu mengambil kira stesen pengecasan EV belum meluas di negeri lain.
“Kita harap ia dapat direalisasi sebelum akhir tahun ini," katanya pada Majlis Pelancaran GV Ride di Kajang pada Sabtu.
Turut hadir melancarkan majlis itu, EXCO Pelaburan, Perdagangan dan Mobiliti Selangor, Ng Sze Han.
Tambah Kabeer berkata, beliau menyasarkan sebanyak 2,500 unit kenderaan EV akan mula digunakan pemandu GV Ride di negara ini.
Bahkan, katanya, GV Ride juga menawarkan sejuta tempahan percuma bernilai RM15 dan ke bawah sempena pelancaran perkhidmatannya di seluruh Malaysia.
Dalam pada itu, Sze Han berkata, kemunculan aplikasi GV Ride memberi lebih banyak pilihan kepada pengguna perkhidmatan e-hailing khususnya di Selangor.
Katanya, pasaran semasa e-hailing amat besar malah selari dengan keperluan penduduk yang semakin padat.
“Perkhidmatan e-hailing adalah komponen yang sangat penting, ia menyempurnakan ekosistem pengangkutan di negara ini, selain perkhidmatan rel, bas dan kenderaan persendirian.
“Jadi kita amat mengalu-alukan satu lagi syarikat e-hailing tempatan untuk menyediakan perkhidmatan kepada rakyat,” katanya.
GV Ride yang memulakan pra operasinya pada September merupakan antara 30 syarikat yang berdaftar dengan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD).
Aplikasi itu menyediakan pelbagai perkhidmatan mesra pengguna antaranya penjejakan pemandu secara masa nyata (real time), tempahan perjalanan melalui rundingan antara penumpang dan pemandu selain tawaran tambang yang rendah.
Topic Berkaitan
#EV
#GV Ride
#e-hailing
#APAD
#kenderaan elektrik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan