awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Beberapa sekolah di Minneapolis ditutup susulan ancaman bom palsu
Trump umum potongan tarif ke atas India selepas Modi setuju berhenti beli minyak dari Rusia
Beijing kecam kemenangan Grammy Dalai Lama, dakwa berlaku "manipulasi"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

H5N1: Ayam selamat dimakan - Dr Hilmi

Bernama
Bernama
17/03/2017
07:48 MYT
H5N1: Ayam selamat dimakan - Dr Hilmi
Dr Hilmi bersama Pengarah Kanan Kesihatan Pergigian, Datuk Dr Noor Aliyah Ismail (kiri) meluangkan masa melawat ruang pameran selepas melancarkan Program Kolaborasi Kesihatan Pergigian dan Badan-badan Agama di Masjid Negara hari ini. --fotoBERNAMA
Ayam selamat dimakan, kata Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya.
Sehubungan itu, beliau menasihati orang ramai supaya tidak bimbang dengan pengambilan makanan berasaskan ayam di negara ini walaupun berlakunya wabak selsema burung (H5N1) di Kelantan.
Bagaimanapun, katanya ayam dan hasilan ayam selamat dimakan sekiranya ia dimasak dengan sempurna iaitu pada suhu melebihi 70 darjah Celsius.
"Di Malaysia, kita tak makan ayam mentah, kita masak...ayam dimasak dengan sempurna. Jadi, memanglah selamat untuk dimakan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program Kolaborasi Kesihatan Pergigian dan Badan-Badan Agama di sini, hari ini.
Dr Hilmi berkata pemantauan Kementerian Kesihatan setakat ini menunjukkan tiada laporan mengenai jangkitan H5N1 kepada manusia termasuk di Kelantan.
Namun, katanya Kementerian Kesihatan akan terus melakukan pemantauan secara berkala di setiap peringkat dan daerah.
Pada Rabu, Kelantan mengisytiharkan wabak H5N1 sebagai bencana negeri setelah ia merebak di jajahan Bachok dan Pasir Puteh selepas Kota Bharu dan Pasir Mas. -- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ayam
#Dr Hilmi Yahaya
#H5N1
#Kelantan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan