PUTRAJAYA: Had kelayakan pendapatan bulanan isi rumah bagi permohonan Rumah Mesra Rakyat (RMR) di bawah Syarikat Perumahan Negara Bhd (SPNB) dinaikkan daripada RM3,000 kepada RM5,000 bermula bulan lepas, kata Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming.
Bercakap kepada media selepas Majlis Penyerahan Surat Tawaran dan Kunci RMR di sini hari ini, beliau berkata ini akan membuka lebih banyak peluang kepada rakyat untuk memohon RMR.
"Pemohon boleh membuat permohonan secara dalam talian di laman web SPNB dan tiada lagi permohonan melalui ejen, ia dibuat secara telus dan tidak ada lagi ejen kutip bayaran," katanya.
Nga berkata antara inisiatif baru RMR adalah tempoh bayaran bulanan dipanjangkan antara 16 hingga 25 tahun dengan bayaran bulanan kekal RM300, selain pemohon boleh memilih enam reka bentuk ditawarkan SPNB dan memilih reka bentuk dalaman yang sesuai dengan gaya hidup masing-masing seperti mengekalkan tiga bilik atau diubah menjadi dua bilik.
"Selain reka bentuk rumah yang moden dan berdaya huni, SPNB juga dalam usaha mendapatkan sijil pengiktirafan daripada SIRIM sebagai piawaian kualiti yang diakui di peringkat antarabangsa bagi semua unit yang dibinanya," katanya.
Sejak 2002 hingga bulan lepas, SPNB telah menyiapkan 56,002 unit RMR di seluruh negara.
Nga berkata dalam Belanjawan 2023, kerajaan memperuntukkan subsidi pembinaan rumah sebanyak RM358 juta kepada SPNB untuk membina 4,250 unit RMR tahun ini pada harga kos bermula RM75,000 seunit.
Terdahulu, Nga menyerahkan surat tawaran dan kunci rumah kepada 40 penerima program RMR dari Selangor, Perak, Melaka dan Negeri Sembilan,
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 13 2023
Nga (dua, kanan) menyampaikan surat tawaran kepada Muhammad Amirul Haziq Mohamad Azmi (dua, kiri) pada Majlis Penyerahan Surat Tawaran & Kunci Rumah Mesra Rakyat (RMR) di Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) hari ini. - Foto BERNAMA
Boling Padang: Farah Ain muncul juara dunia!
Farah pamer aksi luar biasa dalam penampilan sulungnya di pentas bertaraf dunia dengan kemenangan straight sets 6-2 dan 6-3.
Sultan Nazrin, Tuanku Zara hadiri majlis Aidilfitri PDRM Perak
Sultan dan Raja Permaisuri Perak berkenan berangkat menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri PDRM Kontinjen Perak 2024.
Nahas helikopter Lumut: Kebajikan, pendidikan anak-anak wira dipastikan tidak terabai - Menteri
Kementerian Pendidikan lakukan susur tindak bagi memastikan kebajikan 10 orang anak mangsa nahas helikopter dijaga sehingga tamat persekolahan kelak.
Bintang TikTok Iraq, Umm Fahad ditembak mati di luar rumah
Pihak berkuasa Iraq umum penubuhan "jawatankuasa siasatan khas- untuk menjejaki pembunuh yang tidak dikenali itu.
PM Anwar tiba di Riyadh untuk hadiri Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia
Perdana Menteri Anwar tiba di Riyadh dalam rangka lawatan tiga hari bagi menghadiri Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia (WEF).
Jemputan peribadi ke Mesyuarat Khas WEF bukti keakraban Putera Mahkota Mohammed, PM
Ini merupakan lawatan keempat Anwar ke Arab Saudi sejak dilantik sebagai Perdana Menteri.
Kerajaan Pusat peruntuk RM1.59 bilion untuk pembangunan fizikal di Terengganu
Peruntukan tersebut melibatkan 99 projek baharu dan 296 projek sambungan di bawah Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12).
Pahang rancang wujudkan zon perindustrian di setiap daerah
Kerajaan Pahang rancang wujudkan zon perindustrian di kesemua 11 daerah di negeri ini bagi menggalakkan kemasukan lebih banyak pelaburan asing khususnya dari China.
Kertas kabinet wujud sektor sukan dibentang dalam tempoh sebulan - Hannah
Hannah berkata dengan data yang lebih menyeluruh melibatkan sektor industri sukan nanti, pihaknya akan mampu merangsang pertumbuhan sukan di negara ini dengan lebih baik.
Tiga Syarikat Semikonduktor umum melabur di Pulau Pinang - Kon Yeow
Tiga syarikat semikonduktor dari China menyatakan komitmen untuk membuat pelaburan baharu di Pulau Pinang.
SPNB perkenal cat insulasi guna sekam padi pada RMR
SPNB memperkenalkan cat insulasi panas menggunakan sekam padi pada Rumah Mesra Rakyat (RMR) di bawah seliaan agensi itu.
SPNB adakan perbincangan dengan kerajaan negeri bina RMR generasi kedua
SPNB melakukan perbincangan dengan Kerajaan Negeri Perak bagi melaksanakan projek pembinaan Rumah Mesra Rakyat khusus untuk generasi kedua.
Lebih 5,000 Rumah Mesra Rakyat dibina tahun ini
Sebanyak 5,045 unit Rumah Mesra Rakyat (RMR) akan dibina tahun ini dengan peruntukan tambahan sebanyak RM123 juta bagi tujuan berkenaan yang diluluskan pada Ogos lepas.
SPNB bina 3,410 unit rumah mesra rakyat tahun ini
Sebanyak 3,410 unit Rumah Mesra Rakyat (RMR) akan dibina di seluruh negara di bawah seliaan Syarikat Perumahan Negara Bhd (SPNB) pada tahun ini.
SPNB siap bina 15,445 unit Rumah Mesra Rakyat, lepasi sasaran RMK12
SPNB telah menyiapkan 15,445 unit Rumah Mesra Rakyat (RMR), dua tahun lebih awal serta melepasi sasaran Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12).
KPKT sasar bina 500 unit Rumah Mesra Rakyat di Kelantan
Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) menyasarkan sejumlah 500 unit Rumah Mesra Rakyat (RMR) akan dibina di Kelantan tahun ini berikutan permohonan yang sangat menggalakkan.
Had kelayakan pendapatan bagi Rumah Mesra Rakyat dinaikkan ke RM5,000
Had kelayakan pendapatan bulanan isi rumah bagi permohonan Rumah Mesra Rakyat (RMR) di bawah Syarikat Perumahan Negara Bhd (SPNB) dinaikkan daripada RM3,000 kepada RM5,000 bermula bulan lepas.
Banjir: Kementerian Kewangan pertimbang bina rumah mesra rakyat kepada mangsa
Kementerian Kewangan melalui Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) akan mempertimbangkan untuk memberi kelulusan pembinaan Rumah Mesra Rakyat (RMR) kepada mangsa banjir di seluruh negara.
Kos binaan dan kelayakan pemohon Rumah Mesra Rakyat SPNB bakal dikaji
SPNB kaji harga binaan Rumah Mesra Rakyat yang akan dibina di kawasan pedalaman serta had kelayakan pendapatan isi rumah pemohon sebanyak RM3,000.
SPNB optimis siapkan 3,000 Rumah Mesra Rakyat menjelang September
Hampir 150 unit RMR di seluruh negara terbengkalai sejak tahun lepas disebabkan pandemik COVID-19 dan kenaikan harga bahan binaan.