awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Edar 72.52 g methamphetamine, buruh dipenjara 30 tahun, 12 sebatan
Peniaga kuih akok lapan perisa rancang hasilkan produk sejuk beku
Semua pihak perlu main peranan angkat martabat sektor pelancongan - PM Anwar

Had laju beberapa jalan dalam tapak warisan George Town dikurangkan kepada 40km/j

Bernama
Bernama
27/03/2024
13:08 MYT
Had laju beberapa jalan dalam tapak warisan George Town dikurangkan kepada 40km/j
Kebanyakan jalan di tapak warisan sempit selain kenderaan sering dipandu laju terutamanya motosikal dan ia membahayakan orang awam. - www.mypenang.gov.my
GEORGE TOWN: Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) mewartakan pengurangan had laju kenderaan di sebahagian jalan dalam Tapak Warisan Dunia George Town di sini daripada 50 kepada 40 kilometer sejam (km/j), berkuat kuasa hari ini.
Ahli Majlis MBPP Edward Tan Chiew Chun berkata ia berikutan kebanyakan jalan di tapak warisan sempit selain kenderaan sering dipandu laju terutamanya motosikal dan ia membahayakan orang awam khususnya pejalan kaki, penunggang basikal serta pengguna beca.
"Jalan diwartakan adalah jalan-jalan dalaman yang terlibat iaitu jalan dilingkungi oleh Jalan Dr Lim Chwee Leong, Gat Jalan Prangin, Pengkalan Weld, Pesara King Edward, Lebuh Light, Lebuh Farquhar, Jalan Sultan Ahmad Shah dan Jalan Penang.
"Jalan Tun Syed Sheh Barakbah, Jalan Padang Kota Lama, Lebuh Duke, Jalan Green Hall, Gat Lebuh Leith, Lebuhraya Merdeka, Jalan Merdeka, Lintang Merdeka serta Pintasan Pengkalan 1, Pintasan Pengkalan 2, Pintasan Pengkalan 3 dan Pengkalan 4," katanya pada sidang media hari ini.
Bagaimanapun, beliau berkata had laju bagi jalan-jalan utama seperti Jalan Dr Lim Chwee Leong, Gat Jalan Prangin, Pengkalan Weld, Pesara King Edward, Lebuh Light, Lebuh Farquhar, Jalan Sultan Ahmad Shah dan Jalan Penang masih dikekalkan pada 50km/j.
Mengikut kajian di bandar-bandar lain, beliau berkata pengurangan had laju kenderaan akan mengurangkan kemalangan, meningkatkan tahap kebolehhidupan dalam kawasan warisan, meningkatkan keselamatan pejalan kaki, mewujudkan persekitaran hijau dan mengurangkan pencemaran alam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#had laju
#tapak warisan
#George Town
#keselamatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.