awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
DUNIA
6 maut, ramai cedera dalam letupan kilang mercun di selatan India
MALAYSIA
Lelaki nyaris maut, pikap terkena tembakan di hadapan sekolah
MALAYSIA
PM arah kedutaan segera bantu seorang rakyat Malaysia yang terkandas di Itali
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

NATIONAL

Had laju maksimum di zon sekolah akan diwarta kepada 30km/j - Loke

Bernama
Bernama
29/04/2025
14:30 MYT
Had laju maksimum di zon sekolah akan diwarta kepada 30km/j - Loke
Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata perkara itu dalam proses digazetkan, tetapi keputusan dasar telah dibuat melalui Jawatankuasa Kabinet Keselamatan dan Kesesakan Jalan Raya. - Gambar fail/BERNAMA
SEREMBAN: Kerajaan akan mewartakan kadar had laju maksimum di kawasan sekolah daripada 50 kepada 30 kilometer sejam (km/j) bagi meningkatkan keselamatan khususnya membabitkan pelajar sekolah dalam masa terdekat.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata perkara itu dalam proses digazetkan, tetapi keputusan dasar telah dibuat melalui Jawatankuasa Kabinet Keselamatan dan Kesesakan Jalan Raya.
"Dalam Jawatankuasa Kabinet Keselamatan dan Kesesakan Jalan Raya, kita telah membuat keputusan dasar untuk merendahkan had kelajuan di semua kawasan zon sekolah daripada 50km sejam kepada 30km sejam.
"Ini merupakan satu saintifik data yang telah dibuat kajian, jika dapat dikurangkan kepada 30km sejam, risiko kematian atau akibat daripada kemalangan agak rendah. Setiap pertambahan 10km kelajuan akan meningkatkan risiko kematian," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Agung Tahunan Majlis Keselamatan Jalan Raya (MKJR) Malaysia kali Ke-61 di sini hari ini.
Beliau berkata selain mewartakan had kelajuan maksimum, pihak berkuasa juga perlu menyediakan kemudahan dan keperluan infrastruktur jalan raya di kawasan zon sekolah seperti papan tanda amaran dan garisan kuning, agar pengguna jalan raya sedar dan memperlahankan kenderaan mereka.
Loke berkata secara purata kemalangan maut di kawasan sekolah adalah 70 kes setiap tahun.
Sementara itu, Loke berkata mesyuarat MKJR hari ini memberi fokus kepada inisiatif keselamatan jalan raya berasaskan masyarakat tempatan antaranya program My Safe Road, iaitu intervensi di kawasan berisiko tinggi untuk meminimumkan kematian dan kecederaan parah dalam kemalangan jalan raya.
"Selain itu, MKJR juga akan menumpukan kepada Zon Sekolah Selamat dan Program Fellowship Kepimpinan Keselamatan Jalan Raya, untuk melahirkan pemimpin muda yang boleh menerajui inisiatif keselamatan jalan raya berasaskan Pendekatan Sistem Selamat," katanya.
Loke berkata pendekatan itu terbukti berkesan dalam mengurangkan kadar kematian akibat kemalangan jalan raya di negara maju, namun ia memerlukan anjakan paradigma iaitu bukan sekadar menyalahkan sikap pemandu tetapi turut memberi penekanan kepada penambahbaikan sistem secara menyeluruh termasuk aspek keadaan jalan kenderaan had kelajuan dan pematuhan undang-undang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#had laju maksimum
#zon sekolah
#warta
#Anthony Loke
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami