awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Bomba redah tujuh anak sungai, usung wanita cedera di Kapit
Tidak setuju dengan semua dasar Ataturk, tetapi protokol Turkiye harus dihormati - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Had tempoh jawatan PM: Perlukan pindaan Perlembagaan Persekutuan, kesediaan parti politik - Penganalisis

Asyraf Malik
Asyraf Malik
07/01/2026
13:29 MYT
Had tempoh jawatan PM: Perlukan pindaan Perlembagaan Persekutuan, kesediaan parti politik - Penganalisis
Pada Isnin, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam perutusan Tahun Baharu berkata, rang undang-undang (RUU) berkaitan had tempoh jawatan Perdana Menteri bakal dibentang pada sesi Parlimen akan datang. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Cadangan mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada dua penggal atau maksimum 10 tahun disifatkan satu langkah reformasi memperkukuh demokrasi, mengelakkan pemusatan kuasa kepada seorang pemimpin.
Bagaimanapun, Pensyarah Kanan Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi Universiti Teknologi MARA (UiTM), Tunku Nashril Abaidah berkata, inisiatif reformasi itu mungkin berdepan cabaran, antaranya melibatkan Perlembagaan Persekutuan.
"Apabila selesai Rang Undang-Undang (RUU) ini dibentangkan dan selamat diumumkan, ia perlu dipinda daripada sudut Perlembagaan Persekutuan, sebab kita tidak boleh mengehadkan kuasa Perdana Menteri tanpa menyentuh Perlembagaan.
"Pernah sebelum ini ada reformasi daripada Kerajaan yang tidak dimasukkan ke dalam Perlembagaan Persekutuan, akhirnya ia menjejaskan hasrat asal reformasi tersebut.
"Misalnya reformasi Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC) yang memberikan kuasa kepada suruhanjaya ini untuk mencalonkan nama bagi menjamin integriti badan kehakiman. Tetapi akhirnya kuasa untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong masih terletak pada Perdana Menteri.
"Pernah timbul JAC menamakan satu nama, tetapi Perdana Menteri juga menamakan individu lain. Akhirnya Yang di-Pertuan Agong akan ikut nasihat Perdana Menteri selaras kuasa Perlembagaan Persekutuan," jelas Tunku Nashril.
Beliau berkata demikian dalam program Pantau Agenda Reformasi pada Rabu.
Tambahnya, reformasi itu turut menuntut kesediaan semua parti politik untuk menerima perubahan budaya, termasuk melepaskan amalan lama yang terlalu bergantung kepada jasa dan senioriti tokoh tertentu.
"Adakah semua parti politik negara bersedia menyambut baik hasrat Kerajaan ini sekiranya mereka memegang tampuk kuasa suatu hari nanti, itu masih menjadi persoalan.
"Jika reformasi ini berjaya dimasukkan ke dalam Perlembagaan Persekutuan, maka mereka (parti politik) harus mengikut apa yang dihasratkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Seperti kebiasaan, seseorang yang menjadi Perdana Menteri sering dipilih daripada kalangan presiden parti. Sekiranya pemusatan kuasa masih berlaku, maka sukar kita melihat wajah baharu dalam kepimpinan tinggi negara," kata Tunku Nashril.
Untuk rekod, pindaan Pelembagaan Persekutuan memerlukan konsensus semua parti serta sokongan dua pertiga Ahli Parlimen dan seterusnya disahkan oleh Yang di-Pertuan Agong.
Topic Berkaitan
#had tempoh jawatan PM
#Perlembagaan Persekutuan
#Rang Undang-Undang
#RUU
#reformasi
#Datuk Seri Anwar Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan