awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
APAD batal 100 permit lori syarikat Lian Gang Logistics
Mahkamah benar Rosmah dapat sementara pasport untuk lawat anak perempuan di Singapura
Cabutan Simpan SSPN 2026 tawar hadiah hampir RM1.4 juta, tarik minat generasi muda menabung
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Had umur media sosial: Mungkin dilihat ketat, namun harus demi keselamatan - Rodziah

Asyraf Malik
Asyraf Malik
18/10/2025
09:42 MYT
Had umur media sosial: Mungkin dilihat ketat, namun harus demi keselamatan - Rodziah
Rodziah menyambut baik usaha kerajaan memperketat akses media sosial dalam kalangan remaja. - Gambar fail/Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Ampang, Rodziah Ismail menyambut baik usaha kerajaan memperketat akses media sosial dalam kalangan remaja, antaranya cadangan menaikkan had umur 16 tahun untuk melayari alam maya.

Ringkasan AI
  • Kerajaan cadang ketatkan akses media sosial untuk remaja, termasuk menaikkan had umur kepada 16 tahun, selaras dengan langkah negara seperti Australia dan beberapa negara EU.
  • Proses pengesahan identiti eKYC bakal dilaksanakan untuk mengenal pasti pemilik akaun media sosial melalui teknologi seperti imbasan kad pengenalan dan pengecaman wajah.
  • Langkah ini diambil susulan kebimbangan terhadap risiko kandungan berbahaya dan pengaruh negatif, termasuk kes jenayah melibatkan pelajar yang dikaitkan dengan media sosial.

Beliau turut mengambil contoh pendekatan kerajaan Australia yang bakal menguatkuasakan undang-undang baharu bermula 10 Disember, iaitu melarang remaja bawah usia tertentu menggunakan platform Facebook, Instagram dan TikTok.
"Beberapa negara di Kesatuan Eropah (EU) turut mempertimbangkan langkah serupa, sekali gus menunjukkan masyarakat antarabangsa serius menangani risiko digital.
"Inisiatif ini mungkin dilihat ketat dalam dunia demokrasi, namun kita harus memandangnya sebagai usaha tegas melindungi generasi muda.
"Internet ini bermanfaat untuk ruang pendidikan dan perkongsian idea, namun ia mempunyai sisi gelap iaitu ancaman kandungan berbahaya terhadap kanak-kanak dan remaja," ujar Rodziah dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Dalam perkembangan sama, proses pengesahan identiti pengguna atau electronic Know Your Customer (eKYC) bakal diaplikasikan untuk mengenal pasti pemilik di sebalik akaun media sosial.
Ia merupakan kaedah pengesahan identiti menggunakan teknologi digital seperti imbasan kad pengenalan, pengecaman wajah, swafoto atau rakaman video pendek dan padanan maklumat dengan pangkalan data rasmi.
Sebelum ini, suspek kes tikam pelajar sehingga maut di sebuah sekolah menengah di Bandar Utama, Petaling Jaya pada Selasa dipercayai didorong emosi dan pengaruh media sosial.
Topic Berkaitan
#had umur media sosial
#Kementerian Pendidikan Malaysia
#Rodziah Ismail
#eKYC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan