Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata beliau bersedia dicabar pada muktamar tahunan parti ke-61 Jun depan sekiranya pertandingan itu mendapat sokongan anggota parti.
Beliau berkata selaras dengan Fasal 25 (2) Perlembagaan PAS, jawatan Presiden, Timbalan Presiden dan tiga orang Naib Presiden hendaklah dipilih dan dilantik pada Muktamar Tahunan PAS setiap dua tahun.
"Tapi kita kena tunggu dahulu memandangkan mesyuarat agung belum bermula. Tapi kalau ada pencabar, boleh cabar saya," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, hari ini.
Mesyuarat agung bagi kesemua 22 kawasan PAS di Selangor akan bermula pada 15 Mac ini melibatkan pemilihan di peringkat cawangan, kawasan dan pusat.
Ditanya mengenai kenyataan anggota jawatankuasa PAS Pusat Khalid Samad yang menegaskan bahawa jawatan Presiden tidak semestinya disandang oleh golongan ulama, Abdul Hadi berkata :"Itu kena tanya orang PAS. Jangan tanya saya. Saya tidak boleh pilih saya sendiri".
Khalid sebelum ini menulis di laman blog miliknya mengenai jawatan Presiden PAS lebih sesuai disandang individu yang mempunyai kepakaran politik dan tidak semestinya dalam kalangan ulama.
Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pula menolak pencalonan PAS Kota Bharu yang mencalonkannya bertanding jawatan Presiden.
Ketika ditemui pemberita pada satu majlis di Marang hari ini, Tuan Ibrahim menyatakan kesediaannya bertanding jawatan Timbalan Presiden parti sekiranya mendapat pencalonan.
Mengulas mengenai pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Kanun Jenayah Syariah Kelantan 1993, yang akan dibentangkan di Dewan Undangan Negeri Kelantan minggu hadapan, Abdul Hadi berkata antara elemen yang dipinda termasuk tentang kedudukan orang bukan Islam dalam undang-undang itu.
Bernama
Thu Mar 12 2015
Abdul Hadi memulangkan pertimbangan kepada ahli PAS mengenai cadangan jawatan Presiden yang tidak semestinya dari golongan ulama. - Gambar fail
AWANI Pagi: PULIH | Inovasi Tempatan Mengesan Sakit Belakang
Ikuti diskusi Awani Pagi 8.30 Sabtu, bersama dua tetamu dari Universiti Malaya, berhubung inovasi mengesan sakit belakang dengan lebih objektif berbanding kaedah tradisional hingga mendapat pengiktirafan daripada Medical Device Authority Malaysia.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Persatuan Bola Sepak Indonesia terima dana RM77 juta dari Presiden Prabowo
Komitmen Presiden Prabowo terhadap kemajuan sepak bola Indonesia benar-benar luar biasa, kata Ketua Umum PSSI.
AWANI Pagi: Pembekuan jasad bayi - Hukum dan hak jenazah
Ikuti perbincangan eksklusif #AWANIpagi bersama Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, yang akan mengupas secara mendalam isu pembekuan jasad bayi dari perspektif hukum Islam, kehormatan jenazah, dan hak si mati.
#AWANIpagi #AWANInews
#AWANIpagi #AWANInews
Cenderahati produk Tenun Pahang Diraja tersedia di Kuantan 188
Di Kuantan 188 juga, para pelancong boleh menikmati pemandangan panorama bandar dan Sungai Kuantan.
[INFOGRAFIK] Kerugian Banjir 2024
Berikut adalah info berkenaan dengan kerugian banjir 2024.
Hubungan erat Malaysia-Denmark tawar manfaat kepada tenaga kerja
Pembukaan semula Kedutaan Denmark bantu tingkat kerjasama dalam bidang keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
[INFOGRAFIK] Buat Pilihan Lebih Baik Demi Malaysia Yang Lebih Hijau Dan Lestari
Berikut adalah info berkenaan dengan membuat pilihan lebih baik demi Malaysia yang lebih hijau dan lestari.
Siang "concierge", malam "Doktor Mayat" - Kisah Muslimah pertama pengawet jenazah di Singapura
Kisah Zainab Ash Shughra Amer, Muslimah pertama yang menjadi pengawet jenazah - juga satu-satunya buat masa ini - di Singapura.
Sistem politik penuhi aspirasi rakyat penting bagi Syria
Penentuan masa depan Syria masa depan melalui sistem politik yang memenuhi aspirasi rakyat negara itu adalah penting bagi mengekalkan kestabilan politik.
Menerusi hantaran Perdana Menteri Sementara Lubnan Najib Mikati di X, perkara itu disampaikan beliau dalam pertemuannya dengan Paus Francis di Vatican City pada Jumaat.
Menerusi hantaran Perdana Menteri Sementara Lubnan Najib Mikati di X, perkara itu disampaikan beliau dalam pertemuannya dengan Paus Francis di Vatican City pada Jumaat.
Netanyahu, Katz adakan tinjauan di Bukit Golan
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, melalukan tinjauan di Bukit Golan pada Jumaat ketika tentera Israel meluaskan kawalan mereka ke puncak Gunung Hermon, kawasan strategik yang bersempadan dengan Syria.
Perkara itu dikongsikan Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz di platform X yang turut hadir bersama Netanyahu.
Perkara itu dikongsikan Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz di platform X yang turut hadir bersama Netanyahu.