Hadi Awang semakin stabil, perlukan rehat - Ahmad Yakob

Muhafandi Muhamad
Februari 17, 2021 08:23 MYT
Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Ahmad Yakob mengajak seluruh ahli Pas dan rakyat malaysia agar sama-sama mengadakan solat hajat memohon supaya Datuk Seri Abdul Hadi Awang kembali pulih seperti sedia kala. - Gambar hiasan
PASIR MAS: Keadaan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika ini stabil dan beliau memerlukan rehat.
Namun begitu, Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Ahmad Yakob mengajak seluruh ahli Pas dan rakyat malaysia agar sama-sama mengadakan solat hajat memohon supaya Abdul Hadi kembali pulih seperti sedia kala.
"Dia (Abdul Hadi) stabil... kita pakat doalah," kata beliau.
Abdul Hadi dikejarkan ke Hospital Putrajaya pada Selasa malam akibat sesak nafas sebelum dikejarkan ke Institut Jantung Negara (IJN).
Beliau dipercayai kepenatan kerana jadual tugasan yang padat.
BACA: Hadi Awang dimasukkan ke hospital selepas sesak nafas
BACA: Tuan Guru semakin pulih, boleh bercakap, bergurau - Setiausaha Politik Hadi Awang
#Abdul Hadi Awang #Presiden Pas #stabil #sesak nafas #Institut Jantung Negara