awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jumlah kemalangan di Sarawak perlu langkah keselamatan lebih kukuh
SHMMP Tahun Baharu Cina 2026: 16 barang dikawal harga bermula 13 Feb ini
Suhaimi Sulaiman sahkan pengunduran sebagai KP Jabatan Penyiaran hujung bulan ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hadi Awang dimasukkan ke hospital selepas sesak nafas

Astro Awani
Astro Awani
15/02/2021
23:40 MYT
Hadi Awang dimasukkan ke hospital selepas sesak nafas
Asyraf Wajdi dalam hantaran di laman Instagram turut mendoakan kesembuhan buat Abdul Hadi. - Instagram@drasyrafwajdi
KUALA LUMPUR:Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang dimasukkan ke hospital malam tadi, dipercayai akibat sesak nafas.
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan perkara itu menerusi hantaran di laman Facebook miliknya.
Katanya, Abdul Hadi dimasukkan ke Hospital Putrajaya selepas dilaporkan sesak nafas sebelum dipindahkan ke Institut Jantung Negara (IJN) untuk rawatan lanjut.
"Marilah kita bersama mendoakan kesembuhan kepada Tuan Guru dan kembali sihat seperti sedia kala,” catat Ahmad Zahid.
View this post on Instagram
A post shared by DR ASYRAF WAJDI DUSUKI (@drasyrafwajdi)
Dalam pada itu, Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dalam hantaran di laman Instagramnya turut mendoakan kesembuhan buat Abdul Hadi.
"Semoga Allah mengangkat segala kesakitan dan penyakit beliau," katanya.
Malam tadi, tular satu kenyataan yang mendakwa Abdul Hadi telah dikejarkan ke Jabatan Kecemasan Hospital Putrajaya pada jam 7.50 petang.
Kenyataan itu memetik doktor yang memaklumkan bahawa keadaan Abdul Hadi stabil walaupun jantung beliau lemah, mungkin akibat kepenatan.
Kata kenyataan itu juga, Abdul Hadi dibawa ke IJN dengan ambulans pada jam 9.25 malam.
Topic Berkaitan
#Zahid Hamidi
#Abdul Hadi Awang
#Asyraf Wajdi Dusuki
#UMNO
#PAS
#hospital putrajaya
#IJN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan