Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang kekal mempertahankan jawatannya apabila disahkan menang tanpa bertanding dalam pemilihan Jawatankuasa Kerja Pas Pusat sesi 2013 - 2015.

Turut mengekalkan jawatan mereka ialah Ketua Dewan Ulamak Datuk Harun Taib dan Timbalannya Datuk Dr Mahfodz Mohamed.

Mohamad Sabu pula sah bertanding jawatan Timbalan Presiden menentang Datuk Mohd Amar Nik Abdullah. Ini setelah tiga calon lain, Datuk Husam Musa, Salahuddin Ayub dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menarik diri dari jawatan tersebut.

Lima calon disahkan bertanding jawatan Naib Presiden iaitu Datuk Abu Bakar Chik, Datuk Husam Musa, Datuk Mahfuz Omar, Salahuddin Ayub dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Bagi jawatan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, menyaksikan pertandingan tida penjuru di antara Kamarulzaman Muhammad Muhammad, Suhaizan Kaiat dan Zulhazmi Sharif.

Jawatan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat pula menyaksikan pertandingan di antara Nuridah Salleh dan Siti Zailah Mohd Yusof.

Perkara itu diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS Pusat, Asmuni Awi dalam satu sidang media di Pejabat Agung PAS Pusat, pada Sabtu.