awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kajian pilihan raya DBKL bukan agenda DAP, disokong KJ, Nik Nazmi - Anthony
AS bina rizab strategik pertama mineral kritikal - Trump
Hamas sedia serah pentadbiran Gaza kepada Jawatankuasa Kebangsaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Puteri Mahkota Norway perlu jalani pemindahan paru-paru

Bernama
Bernama
19/12/2025
23:30 MYT
Puteri Mahkota Norway perlu jalani pemindahan paru-paru
Mette-Marit didiagnosis menghidap sejenis penyakit fibrosis pulmonari yang jarang berlaku, iaitu penyakit paru-paru kronik, tujuh tahun lepas. - Foto REUTERS
COPENHAGEN: Puteri Mahkota Norway, Mette-Marit, 52, memerlukan paru-paru baharu, menurut kenyataan Kerabat Diraja Norway pada Jumaat, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Menurut kenyataan itu, keadaan kesihatan baginda yang berpunca daripada penyakit paru-paru kronik semakin merosot dalam tempoh beberapa bulan kebelakangan ini sehingga menyebabkan pemindahan paru-paru kini menjadi langkah perlu yang seterusnya.
Doktor baginda, Are Martin Holm berkata tarikh Mette-Marit akan disenaraikan dalam senarai menunggu untuk pemindahan paru-paru itu masih belum ditentukan.
"Beta sentiasa berharap agar penyakit ini dapat dikawal dengan ubat-ubatan," titah Mette-Marit dalam satu temu bual bersama penyiar televisyen NRK.
Baginda bertitah keadaan kesihatannya merosot lebih cepat daripada apa yang diharapkan oleh baginda dan pasukan doktor.
Mette-Marit didiagnosis menghidap sejenis penyakit fibrosis pulmonari yang jarang berlaku, iaitu penyakit paru-paru kronik, tujuh tahun lepas. Baginda mendedahkan penyakitnya kepada umum pada Oktober 2018.
Penyakit berkenaan boleh menyebabkan sesak nafas, yang menjadi punca mengapa puteri berkenaan berulang kali terpaksa membatalkan tugas-tugas rasmi baginda sebelum ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Mette-Marit
#pemindahan paru-paru
#kesihatan merosot
#Are Martin Holm
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan