awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lawatan rasmi dua hari Modi ke Malaysia bermula Sabtu ini
Genggam PhD dari tirai besi: Malik bangkit tebus maruah diri
Sebanyak 618 kemudahan kesihatan berisiko ditutup di Somalia - WHO
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hadiah April Fools khas buat pelajar yang dakwa jual aplikasi kepada Google

Ian Johan Ariff
Ian Johan Ariff
02/04/2015
12:46 MYT
Hadiah April Fools khas buat pelajar yang dakwa jual aplikasi kepada Google
Ketua Komunikasi dan Perhubungan Awam Google Malaysia, Zeffri Yusof - Foto Astro AWANI
Nampaknya media tempatan tertipu apabila mengeluarkan laporan bahawa syarikat teknologi Google telah membeli sebuah aplikasi yang dibina seorang pelajar sekolah dari Malaysia.
Perkara itu disahkan Ketua Komunikasi dan Perhubungan Awam Google Malaysia, Zeffri Yusof yang dipetik menerusi akhbar the Star.
Menurut Zeffri lagi, Google Ideas merupakan sebuah badan bebas yang dimajukan oleh syarikat itu dan bukan bedasarkan keuntungan.
"Biasanya Google Ideas membuat projek besar-besaran untuk membantu manusia sejagat... Google Ideas selalunya tidak membeli aplikasi daripada mana-mana individu," kata Zeffri.
Zeffri turut menjelaskan pihak Google tidak memandang serius perkara ini kerana menganggap ia satu gurauan April Fools yang sudah terlanjur.
Pihaknya turut menjemput pelajar dan guru terlibat untuk melawat pejabat Google Malaysia dan memberi hadiah April Fools khas untuknya.
Pada Rabu, pelajar tingkatan tiga itu mendakwa Google telah membeli aplikasi yang dibinanya selepas menerima tawaran pada Disember tahun lepas.
Menurut laporan akhbar The Star, pelajar itu turut memberitahu gurunya bahawa dia menerima tawaran menerusi sebuah emel dan dikatakan sudah menerima bayaran AS$50,000 untuk aplikasinya itu.
Tindakan pelajar itu dipercayai sekadar gurauan dan The Star melaporkan, Pengarah Pendidikan Sabah, Datuk Jame Alip mengarahkan satu siasatan dijalankan berhubung dakwaan pelajar itu.
Kebanyakan portal media tempatan menjangkakan ini merupakan satu gurauan April Fools yang dirancang pelajar itu.
Topic Berkaitan
#April Fools
#Google
#zeffri yusof
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan