MELAKA: Masjid Nur As-Sa'adah, Pengkalan Batu di sini akan menawarkan hadiah wang tunai RM4,000 kepada ahli kariah masjid yang istiqamah mengerjakan solat Subuh.
Pengerusinya, Datuk Amzah Osman berkata, program itu lanjutan daripada inisiatif pemberian hadiah berbentuk basikal dan motosikal kepada kanak-kanak serta belia yang menunaikan solat jemaah di masjid itu selama 40 hari.
Menurutnya, antara syarat yang akan ditetapkan termasuk jemaah perlu memastikan isteri dan anak-anak hadir ke masjid untuk berjemaah menunaikan solat Maghrib dan Isyak dalam tempoh itu.
"Kita nak lihat ahli-ahli kariah ini dapat hadir bersama keluarga dan pemilihan juga dilihat dari segi mereka yang paling ramai membawa anggota keluarga ke masjid.
"Kita rancang laksanakan program ini selepas Hari Raya Aidilfitri ini, akan diadakan pemberian hadiah wang tunai untuk Keluarga Sakinah itu," katanya selepas majlis Tadarus al-Quran dan penyampaian sumbangan baju raya anjuran Pertubuhan Perkumpulan Perempuan (PPP) Daerah Hang Tuah Jaya pada Isnin.
Hadir menyempurnakan penyampaian sumbangan itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Batu, Datuk Kalsom Nordin.
Jelasnya, sebelum ini pemberian beberapa buah basikal kepada anak-anak yang cemerlang solat Subuh dan semua program yang dilaksanakan mendapat peruntukan daripada individu perseorangan dan dermawan.
"Kita akan terus menceriakan bulan Ramadan dengan pelbagai program dan aktiviti yang dapat menarik kariah untuk mengimarahkan masjid termasuk qiamullail tidak lama lagi," katanya.
Pada Mac lalu, masjid tersebut menarik tumpuan ramai apabila menawarkan hadiah empat buah motosikal berjumlah RM16,000 serta 40 buah basikal bernilai RM20,000 kepada anak kariah yang istiqamah solat Subuh dan Isyak selama 40 hari.
*Artikel asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Apr 19 2022
Mac lalu, masjid ini menawarkan hadiah empat buah motosikal dan 40 buah basikal kepada anak kariah yang istiqamah solat Subuh dan Isyak selama 40 hari. - Facebook Masjid Nur Assaadah Pengkalan Batu
Pelajar PhD USIM ambil ujian di sebalik runtuhan di Gaza
Pelajar PhD USIM warga Palestin nekad menjalani Ujian Kelayakan yang dijalankan secara dalam talian pada Jumaat walaupun berdepan risiko dibom tentera Zionis pada bila-bila masa.
UMNO dan BN dokong calon PH demi Kerajaan Perpaduan - Ahmad Zahid
Presiden UMNOsedar taktik pihak tertentu yang cuba melaga-lagakan parti pimpinannya dengan parti komponen Pakatan Harapan itu.
PRK Kuala Kubu Baharu saksikan pertandingan empat penjuru
Keempat-empat calon itu ialah Khairul Azhari Saut (PN), Pang Sock Tao (PH), Nyau Ke Xin (Bebas) dan Hafizah Zainudin (Parti Rakyat Malaysia).
3 maut, 5 parah nahas dua pacuan empat roda
Tiga maut, lima parah dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan pacuan empat roda di Jalan Kuala Krai-Gua Musang kira-kira jam 12.30 pagi tadi.
Penunjuk perasaan pro-Palestin di Paris kepung universiti
Penunjuk perasaan pro-Palestin mengepung bangunan dan kawasan hadpaan Universiti Sciences Po yang berprestij di Paris pada Jumaat.
Piala Thomas: Zii Jia pamer magis tarik perhatian ramai di Chengdu
Zii Jia merekodkan kemenangan ke atas Lee Cheuk Yiu dalam aksi yang mengambil masa 45 minit menghadirkan saat-saat terbaik dalam saingan pembukaan ini.
Youth All Girls raih gangsa di Amerika Syarikat
Pasukan sorak Malaysia Youth All Girls raih gangsa di The 2024 International Cheer Union World Cheerleading Championships (ICU JWCC) di Florida, Amerika Syarikat pada Khamis.
Perkembangan proses penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon pagi tadi di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Firdaus Azil ada perincian untuk dikongsikan jam ini.
Firdaus Azil ada perincian untuk dikongsikan jam ini.
Malaysia-China bincang perkukuhkan kerjasama sektor pendidikan
Malaysia dan China membincangkan inisiatif strategik bagi memperluas serta memperkukuh jalinan kerjasama sektor pendidikan tinggi antara Kuala Lumpur-Beijing sempena sambutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia-China.
Perdana Menteri ke Riyadh sempena mesyuarat khas Forum Ekonomi Sedunia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan lawatan kerja ke Riyadh, Arab Saudi sempena mesyuarat khas forum sedunia World Economic Forum (WEF) bermula 27 hingga 29 April ini.
Alif Satar stabil selepas kemalangan, sempat ajak solat Subuh berjemaah
Selebriti tersebut mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakannya, menerusi satu hantaran di Instagram.
Terkesan teguran ustaz, Alif Satar perbetul diri
Alif bersyukur dan teruja kempen Geng Subuh Macam Jumaat mendapat sambutan dalam kalangan umat Islam.
Kucupan tangan terakhir selepas solat subuh berjemaah
Hatinya sayu apabila anak ketiganya sering bertanya bila arwah akan pulang ke rumah kerana masih tidak memahami perkara yang sudah berlaku.
Hadiah RM4,000 jemaah bawa keluarga solat Subuh
Sebelum ini, hadiah berbentuk basikal dan motosikal ditawarkan kepada kanak-kanak dan belia yang berjemaah di masjid itu selama 40 hari.