awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan MADANI terus komited pacu kesejahteraan rakyat Sarawak - PM Anwar
Keselamatan pelancongan perlu jadi keutamaan negara menjelang TM2026 - Lee
Lima maut helikopter penyelamat terhempas di Gunung Kilimanjaro, Tanzania
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hadir ke Mahkamah Syariah, rumah tangga Siti Saleha bergolak?

Gempak
Gempak
13/10/2021
07:53 MYT
Hadir ke Mahkamah Syariah, rumah tangga Siti Saleha bergolak?
Pasangan Siti Saleha dan Ahmad Lutfi Azhar hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Klang, Selangor pada pagi Rabu. - Gambar Gempak
INDUSTRI hiburan tanah air hari ini digemparkan dengan dakwaan rumah tangga pelakon Siti Saleha yang dikatakan sedang bergolak.
Isu tersebut tercetus selepas Siti Saleha selaku plaintif didakwa hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Klang, Selangor pada pagi Rabu bagi sebutan kes penceraiannya.
Difahamkan, menerusi laporan sebuah portal, prosiding dilakukan di hadapan Hakim Syarie, Mohd Hairuddin Ab Rahim itu berlangsung kira-kira pukul 10 pagi.
Malah prosiding itu turut dihadiri suaminya, Ahmad Lutfi Azhar, 35.
Dalam pada itu, Gempak masih menunggu pengesahan daripada Siti Saleha sendiri mengenai status perkahwinannya itu.
Sehingga artikel ini ditulis, aktres tersebut masih belum memberikan sebarang respon.
Sekadar info, Siti Saleha dan Ahmad Lutfi mendirikan rumah tangga pada 28 Julai 2017.
Selepas empat tahun berkahwin pasangan ini belum dikurniakan cahaya mata.
Artikel asal di Gempak boleh dibaca di sini.
Topic Berkaitan
#Siti Saleha
#Rumah Tangga
#Mahkamah Rendah Syariah Klang
#pelakon Siti Saleha
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan