awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kadar zakat fitrah di Pulau Pinang RM10, RM15 dan RM25
Perselisihan faham dengan kelab, Ronaldo tidak beraksi untuk Al Nassr
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hadkan penjualan kit ujian kendiri COVID-19 di farmasi, kedai runcit sah sahaja - CAP

Bernama
Bernama
24/02/2022
23:25 MYT
Hadkan penjualan kit ujian kendiri COVID-19 di farmasi, kedai runcit sah sahaja - CAP
Kit ujian COVID-19 mudah didapati di farmasi, kedai serbaneka, kedai runcit dan stesen minyak selain dijual secara meluas dalam talian. - Foto fail/BERNAMA
GEORGE TOWN: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) pada Khamis meminta kerajaan mengehadkan penjualan kit ujian kendiri COVID-19 dengan hanya di farmasi dan kedai-kedai runcit yang sah sahaja bagi memudahkan pemantauan Pihak Berkuasa Peralatan Perubatan (MDA).
Presiden CAP Mohideen Abdul Kader berkata penularan dan peningkatan kes COVID-19 menyebabkan permintaan kit ujian kendiri melonjak namun pengguna mengalami kesukaran untuk mengenal pasti kesahihan kit ujian itu.
Menurutnya, pemintaan yang tinggi kit ujian COVID-19 ini telah mendorong sesetengah pihak bertindak menjual kit ujian palsu atau tidak diluluskan MDA.
"CAP menggesa kerajaan supaya membatasi penjualan kit ujian kendiri COVID-19 dengan mengehadnya kepada farmasi dan outlet runcit yang sah.
"Kemudahan membelinya di pasar raya, kedai serbaneka dan stesen minyak akan menyulitkan kerja pemantauan oleh pihak MDA," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Khamis.
Katanya, hasil ujian kit yang negatif dan palsu boleh membuatkan seseorang itu leka yang sebaliknya membantu penularan virus tersebut dan tidak berpeluang mendapatkan rawatan perubatan di peringkat awal.
Beliau berkata tinjauan CAP mendapat kit ujian COVID-19 mudah didapati di farmasi, kedai serbaneka, kedai runcit dan stesen minyak selain dijual secara meluas dalam talian.
Mohideen berkata walaupun MDA telah mengenal pasti senarai 12 syarikat dan produk keluaran yang mendapat kelulusannya, pengguna mengalami kesulitan untuk mengesahkannya ketika membeli.
"Bagi memudahkan pengguna mengenal pasti peralatan diluluskan oleh MDA, CAP mencadangkan ciptaan logo umum digabungkan dengan kod QR yang mudah dikenali pengguna dan sekiranya mereka (pengguna) mahu, mereka boleh mengimbas kod QR itu bagi mendapatkan butir-butir produk berkenaan," katanya.
Tambahnya, sistem semasa yang membawa nombor siri MDA tidak begitu membantu kerana ia mengambil masa untuk memeriksa bungkusan berbanding dengan logo jelas dapat dilihat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#COVID-19
#kit ujian kendiri
#farmasi
#kedai runcit
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan