MEKAH: Jemaah haji Malaysia mula pulang ke tanah air bermula hari ini dan pastinya kenangan melaksanakan ibadah itu akan terus kekal dalam ingatan.
Bagi petugas Lembaga Tabung Haji (TH) di Mekah dan Madinah, operasi menyantuni tetamu Allah masih belum berakhir sehingga semua jemaah selamat sampai ke tanah air.
Menerusi tinjauan Bernama, sepanjang musim haji 1443 Hijrah ini, petugas TH yang menjadi tulang belakang kepada jemaah haji, sentiasa memberi perkhidmatan terbaik malah ada ketikanya melebihi bidang tugas mereka.
Bersama matlamat memastikan jemaah dapat melaksanakan ibadah rukun Islam kelima itu, semua petugas termasuk bahagian pentadbiran, operasi, media serta perubatan akan berganding bahu agar setiap perancangan dapat dilaksanakan.
Mengimbau perjalanan membawa kesemua jemaah ke Arafah, petugas perubatan pastinya antara yang tidak menang tangan, apatah lagi ada antaranya perlu diuruskan dengan teliti kerana tidak berupaya bergerak.
Petugas Perubatan, Luqman Chong Abdullah Chong berkata pada 8 Zulhijah, beliau telah mula bertugas seawal 4 pagi dan mengejutkan pesakit lelaki supaya bersiap dan memakai ihram.
Beliau yang berpeluang bertugas sebanyak tiga kali pada musim haji berkata momen memakaikan ihram pada pesakit sentiasa menyentuh perasan kerana rata-rata akan menangis dan meluahkan perasaan mengenai musibah yang menimpa sedangkan mereka datang ke Tanah Suci dalam keadaan sihat.
"Tahun ini di wad saya bertugas ada sembilan pesakit iaitu lima lelaki dan empat wanita yang perlu menaiki bas atau Safari Wukuf.
"Majoriti pesakit mengalami masalah jantung, ada juga yang mengalami masalah buah pinggang, jangkitan kuman serta sakit belakang yang kronik sehingga tidak boleh bergerak sendiri dan hanya terlentang di katil. Pesakit ini memang perlu bantuan sepenuhnya untuk berjalan," katanya ketika dihubungi Bernama.
Luqman Chong berkata pengorbanan dilakukan terlalu kecil berbanding ketabahan yang perlu ditanggung pesakit apatah lagi apabila mendengar doa, rintihan kesakitan dan kesedihan mereka sejurus tiba di Arafah.
Menurut TH, seramai 24 jemaah haji Malaysia masih dirawat di hospital Kementerian Kesihatan Arab Saudi dan Pusat Perubatan TH di sekitar Mekah.
Namun, daripada jumlah tersebut hanya dua kes sahaja melibatkan rawatan lanjut dan keadaan sedemikian pastinya memerlukan pemantauan petugas TH kerana perlu menguruskan kebajikan sehingga sihat serta merancang jadual penerbangan pulang mereka ke tanah air.
Seorang jemaah, Ahmad Ainullutfi Azzman, 29, berkata petugas TH terutama di tempat penginapannya iaitu Maktab 46 sentiasa memberi yang terbaik hingga ada terlupa bahawa mereka sendiri sedang sakit.
"Ada yang sampai demam. Ada juga yang sampai hilang suara... ada hari tertentu dah tak boleh nak bangun. Semua untuk memastikan jemaah haji sentiasa selesa. Ketika di Muzdalifah, saya yang jadi sukarelawan Sahabat Maktab berkawal bersama petugas dari tengah malam sampai subuh.
"Selepas selesai subuh di Muzdalifah, bergerak pula ke Mina, nak kena uruskan perkhemahan. Awalnya ada yang berebut tempat tetapi lepas disusun dengan kerjasama jemaah haji, banyak kosong lagi rupanya. Itulah pentingnya peranan petugas dan elak macam-macam masalah," katanya yang bersendirian ke Tanah Suci menerusi penerbangan KT1.
Ahmad Ainullutfi yang akan berangkat ke tanah air hari ini berkata kenangan beribadah akan terus terpahat di ingatan dan peluang membantu warga emas akan menjadi pendorongnya untuk terus berbuat kebaikan pada masa akan datang.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 17 2022
Bagi petugas Lembaga Tabung Haji (TH) di Mekah dan Madinah, operasi menyantuni tetamu Allah masih belum berakhir sehingga semua jemaah selamat sampai ke tanah air. - Gambar hiasan/ Facebook Official : Lembaga Tabung Haji
Ahli perniagaan China didakwa pengintip dijemput ke Istana Buckingham oleh Duke
Lelaki itu dilaporkan telah melawat Istana Buckingham sebanyak dua kali atas jemputan Putera Andrew.
Vincente kekal optimis walaupun tewas 0-1 kepada Thailand
Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyatakan rasa bangga terhadap prestasi pemainnya, terutama sekali menentang juara bertahan kejohanan itu.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
WHO dan Arab Saudi perluas program kad kesihatan digital haji
Kad kesihatan Haji ini dibangunkan berdasarkan infrastruktur utama (PKI) dalam Rangkaian Pensijilan Kesihatan Digital Global (GDHCN) WHO.
31 Sahabat Korporat TH sumbang RM4.8 juta kepada jemaah haji Malaysia
Lembaga Tabung Haji menerima sumbangan RM4.8 juta daripada 31 syarikat korporat melalui program Sahabat Koporat TH bagi membantu jemaah haji Malaysia.
Fahami pengertian istito'ah sebelum tunai ibadah haji
Pengetahuan perlu dikuasai untuk memastikan ibadah dapat dilakukan dengan sempurna sekali gus membolehkan jemaah mendapat haji yang mabrur.
Hasrat meninggal dunia di Tanah Suci termakbul
Hasrat meninggal di Tanah Suci disuarakan Abd Wahab kepada jiran-jiran yang berkunjung sebelum mereka berangkat ke Tanah Suci.
Urus perlindungan takaful jemaah haji 5 negara
Al Khairi Insurance Limited tawar perlindungan takaful kepada jemaah Malaysia, Indonesia, Brunei, Singapura serta Bangladesh.
1,301 jemaah meninggal dunia pada musim haji tahun ini - Arab Saudi
"Banyak kes" kematian akibat suhu panas melampau dan perjalanan "tidak dibenarkan."
Beberapa negara sahkan jemaah haji meninggal dunia guna visa pelancong, lawatan
Beberapa negara mengesahkan bahawa kebanyakan jemaah haji mereka yang meninggal dunia adalah individu yang memasuki Arab Saudi menggunakan visa pelancong atau lawatan.
Kebanyakan jemaah yang maut tiada permit visa haji - Laporan
Laporan yang diterima mengesahkan bahawa mereka masuk ke Arab Saudi beberapa bulan sebelum ibadah Haji bermula.
Pelan kesihatan musim haji 2024 Arab Saudi berjaya - Al-Jalajel
Walaupun jumlah jemaah haji yang ramai dan cabaran suhu yang tinggi, tidak berlaku sebarang wabak ataupun ancaman kesihatan lain berlaku.
138 jemaah haji Indonesia meninggal dunia di Arab Saudi
Konsul Urusan Haji, Nasrullah Jasam mengesahkan bahawa kematian tersebut disebabkan oleh pelbagai faktor, termasuk strok haba.