awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tom Cruise dilaporkan tinggalkan kediaman mewah di London kerana bimbang keselamatan
Operasi banteras kegiatan e-waste haram diperhebat di semua pelabuhan - Saifuddin
Pulau Pinang peruntuk dana RM50.93 juta, salur bantuan kepada 281,135 penerima i-Sejahtera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hakim perlu patuh keputusan Mahkamah Persekutuan

Norsiah Mohd Ramli
Norsiah Mohd Ramli
08/01/2016
12:26 MYT
Hakim perlu patuh keputusan Mahkamah Persekutuan
Ariffin juga mengingatkan semua hakim supaya menulis penghakiman yang berkualiti tidak kira dari segi bahasa mahupun keputusan yang dibuat. - Gambar fail
Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria mengingatkan semua hakim di peringkat yang lebih bawah di negara ini supaya mematuhi segala keputusan mahkamah persekutuan.
Beliau menegaskan, mereka perlu mematuhi segala prinsip penghakiman dalam jua kes.
"Ada beberapa aduan yang saya terima daripada mahkamah tinggi dan mahkamah rayuan yang tidak berpuas hati dengan keputusan yang dibuat mahkamah persekutuan," katanya pada Persidangan Tahunan Majlis Hakim-Hakim Malaysia ke-50 di Hotel Sheraton Imperial di sini, hari ini.
"Tindakan tidak bersetuju dengan keputusan mahkamah persekutuan adalah tidak beretika," katanya.
Jelasnya, ini kerana Malaysia mengamalkan sistem 'Stare Decisive' di mana mahkamah yang lebih bawah perlu mengikut keputusan atau prinsip mahkamah atasan.
Pada masa sama, Ariffin juga mengingatkan semua hakim supaya menulis penghakiman yang berkualiti tidak kira dari segi bahasa mahupun keputusan yang dibuat.
Ia bagi menambah baik penghakimanan yang dibuat selaras dengan moto persidangan majlis hakim malaysia pada tahun ini iaitu "Ke arah Kecemerlangan Kehakiman".
Antara yang hadir pada persidangan tersebut ialah Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin; Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Md Raus Sharif dan Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Richard Malanjum selain daripada133 hakim lain.
Topic Berkaitan
#Arifin Zakaria
#kehakiman
#perundangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan