awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Alpha teruja jayakan 'Assalamualaikum Terengganu'
PM Anwar dukacita insiden pegeboman masjid di Islamabad
Tiga kluster tibi di Kelantan babit sembilan kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hakisan pantai: Perlu ambil kira pelbagai faktor - Pensyarah

Wan Zuratikah Iffah Wan Zulkifli
Wan Zuratikah Iffah Wan Zulkifli
05/06/2022
21:45 MYT
Hakisan pantai: Perlu ambil kira pelbagai faktor - Pensyarah
Usaha menangani masalah hakisan pantai di Terengganu perlu mengambil kira pelbagai faktor, termasuk fenomena perubahan cuaca pada satu-satu masa. -Astro AWANI
KUALA NERUS: Usaha menangani masalah hakisan pantai di Terengganu perlu mengambil kira pelbagai faktor, termasuk fenomena perubahan cuaca pada satu-satu masa.
Pensyarah Kanan Fakulti Sains dan Sekitaran Marin Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Prof Madya Dr Effi Helmy Ariffin berkata, ia bagi melancarkan proses baik pulih kawasan yang terjejas di samping mengelakkan peningkatan kos semasa.
Menurut Effi Helmy, masalah hakisan yang berlaku di Terengganu tidak tertumpu pada kawasan tertentu dan boleh berubah mengikut keadaan geografi.
Jelas beliau, bagi mengelakkan hakisan terus merebak, satu kawasan baharu perlu 'dikorbankan' bagi membolehkan pembentukan teluk secara semulajadi sekali gus menjadi kawasan pembiakan pelbagai hidupan laut.
"Saranan saya adalah seperti yang UMT laksanakan, kita buat pemantauan setiap bulan daripada pantai UMT sampai ke Pantai Batu Rakit menggunakan dron ataupun menggunakan UAV untuk kita kena tengok dari segi kadar hakisan.
"Apabila kita tahu kadar hakisan setiap bulan, kita boleh buat anggaran ataupun purata untuk setiap tahun," katanya lagi.
Terdahulu, kerajaan melalui Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) memperuntukkan sebanyak RM343 juta bagi projek pemuliharaan muara sungai dan hakisan pantai di Terengganu.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata projek itu melibatkan pantai di daerah Setiu, Kemaman, Dungun dan Marang yang dijadualkan selesai menjelang Januari 2025.
Topic Berkaitan
#hakisan pantai
#universiti malaysia terengganu
#fenomena perubahan cuaca
#Effi Helmy Ariffin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan