awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Halang MB Kedah: 'Saya akan dapatkan situasi sebenar' - Ahmad Samsuri

Nur Fazlizai Ali
Nur Fazlizai Ali
29/03/2023
22:40 MYT
Halang MB Kedah: 'Saya akan dapatkan situasi sebenar' - Ahmad Samsuri
Ahmad Samsuri yang juga Naib Presiden Pas itu menyifatkan perkara sedemikian tidak wajar berlaku sekiranya betul. - Foto fail/Sinar Harian
MARANG: Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar akan mendapatkan situasi sebenar daripada Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang mendakwa dihalang menyertai sebarang majlis anjuran Kerajaan Persekutuan.
Ahmad Samsuri yang juga Naib Presiden Pas itu menyifatkan perkara sedemikian tidak wajar berlaku sekiranya betul.
Jelasnya, beliau tidak mengetahui berhubung perkara itu namun akan mendapatkan situasi sebenar daripada Muhammad Sanusi sama ada benar berlaku atau sebaliknya.
"Jadi saya kena tanya dia sendiri bagaimanakah bentuk halangan itu, adakah secara lisan atau bertulis ataupun dimaklumkan pada wakil dan sebagainya.
"Saya tidak tahu jadi saya kena siasat dahulu," katanya.
Sementara itu ketika ditanya adakah Terengganu turut menerima halangan seperti itu, Ahmad Samsuri menjelaskan setakat ini beliau tidak menerima apa-apa halangan.
Terdahulu Sanusi, yang juga Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN), mendakwa beliau dilarang daripada menghadiri sebarang majlis dan program anjuran Kerajaan Persekutuan.
BACA: Halang MB Kedah: "Saya tidak pasti apa Sanusi maksudkan" - Fahmi Fadzil
Menteri Besar Kedah itu berkata, ia termasuk Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2023 (LIMA'23) yang berlangsung di Langkawi dari 23 hingga 27 Mei ini.
Topic Berkaitan
#Ahmad Samsuri Mokhtar
#Muhammad Sanusi Md Nor
#halang menyertai
#Lima
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan