IPOH: Tindakan undang-undang akan dikenakan terhadap mana-mana individu yang tidak membenarkan anggota Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perak melakukan pemeriksaan di premis atau kediaman disyaki menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes.
Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Nasional Perak A Sivanesan berkata individu yang gagal mematuhi arahan berkenaan boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas.
"Pegawai kesihatan memiliki lesen untuk masuk ke mana-mana premis yang disyaki menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes, mana-mana (individu) yang tidak mematuhi arahan itu akan dikenakan tindakan undang-undang.
"Jadi, saya harap semua pihak akan beri kerjasama dan kita akan bergerak lebih agresif untuk pastikan wabak denggi ini dapat dibendung," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Membanteras Denggi peringkat negeri di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini hari ini.
Perak menduduki tangga kelapan selepas merekodkan 4, 516 kes denggi daripada keseluruhan 123,133 kes yang berlaku di negara ini tahun lepas.
Sementara itu, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Kesihatan Awam) Dr Feisul Idzwan Mustapha berkata kebun haram serta lot tanah terbiar juga antara lokasi yang menyumbang kepada pembiakan nyamuk Aedes.
Menurutnya hasil pemeriksaan yang dilakukan mendapati lokasi berkenaan bukan sahaja tidak diselenggara dengan baik, malah terdapat banyak perkakas atau peralatan yang menakung air.
"Semasa pemeriksaan dilakukan, mereka tidak letak perkakas ini di tempat yang terlindung daripada hujan dan akibatnya ia menakung air yang memudahkan nyamuk Aedes untuk membiak.
"Saya harap perkara ini diberikan penekanan dan kita minta semua pihak tidak ambil mudah tentang penyakit berbahaya ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 18 2024
Individu yang gagal patuhi arahan itu boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas. - Gambar hiasan
Kerajaan Jawa Timur bincang kerjasama dengan Universiti Al-Azhar
Sejak 2019, setiap tahun Kerajaan Wilayah Jawa Timur hantar 30 pelajar melanjutkan pengajian peringkat sarjana muda di Universiti Al-Azhar.
Sultan Selangor, Raja Permaisuri zahir ucapan Maulidur Rasul
Sultan Sharafuddin turut menyeru seluruh umat Islam agar terus menguatkan kecintaan kepada Rasulullah SAW dengan mengamalkan sunah-sunah baginda.
NAFAS perkenal Kit Pertanian Bandar, galak lebih ramai tanam sayur di rumah
NAFAS harap Kit Pertanian Bandar akan dapat memudahkan lebih banyak keluarga di kawasan bandar untuk mula menanam sayur di rumah masing-masing.
Labuan sasar empat emas pada Para SUKMA Sarawak
Pingat emas disasarkan menerusi tiga atlet iaitu Risabel Rozell Parinus, Labo Taulim dan Avirinda Anis.
Perkhidmatan kereta api Poland-Czech digantung kerana banjir
Perjalanan kereta api yang datang dari Republik Czech ke Poland telah dibatalkan sehingga diberitahu kelak.
Sambutan Hari Malaysia di Bagas Zakariah imbau nostalgia zaman dahulu
Pengunjung yang hadir berbusana tahun 50-an dan 60-an disajikan dengan pertunjukan wayang pacak dan diberi peluang menyertai joget lambak.
Darah satria mendiang bapa mengalir dalam badan Indiran
Indiran juga berhasrat menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi untuk menjadi seorang pegawai tentera seperti bapanya.
PDRM, agensi penguat kuasa perlu tegas kenal pasti kegiatan penunggang agama
Ketegasan penting bagi memastikan gerakan subversif yang boleh memberikan ancaman terhadap akidah umat Islam di negara ini tidak berkembang.
Perbezaan pendapat perlu ditangani dengan adab terbaik - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata pada ketika menyambut Maulidur Rasul tahun ini, umat Islam diingatkan untuk menangani perbezaan pendapat dalam masyarakat dan organisasi dengan adab yang terbaik.
Umat Islam diseru perkukuh ukhwah, elak perselisihan
Ahmad Zahid berkata, ini kerana Malaysia sering dilihat sebagai contoh oleh dunia terutama dalam membawa suara Palestin.
Halang pegawai kesihatan buat pemeriksaan Aedes di rumah boleh diambil tindakan
Individu yang gagal patuhi arahan itu boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas.
Pegawai kesihatan kontrak jalani khidmat wajib layak dapat kemudahan - Khairy
Kemudahan hanya kepada pegawai perubatan, pegawai pergigian dan pegawai farmasi lantikan kontrak, yang telah lulus pelanjutan kontrak setelah melengkapkan khidmat wajib.
COVID-19: Beijing pecat pegawai tertinggi kesihatan
Yu Luming disyaki melanggar disiplin dan undang-undang yang serius, dan kini sedang menjalani semakan tatatertib dan siasatan penyeliaan.
Kakitangan Pejabat Kesihatan nafi terima suapan
Tertuduh didakwa memperoleh suapan melalui kerja-kerja pembekalan dan perkhidmatan yang berjumlah RM31,099.50 menerusi syarikat milik adiknya.
Polis buru suspek rompak menyamar pegawai kesihatan
Dalam kejadian kira-kira jam 1 petang itu, tiga lelaki berumur antara 20-an dan 30-an itu telah datang ke rumah berkenaan, kononnya bagi menjalankan pemeriksaan jentik-jentik.
Rasuah: Penolong pegawai kesihatan Segamat ditahan SPRM
Penahanan dibuat di pejabat SPRM Johor Cawangan Segamat kira-kira 2.30 petang ketika suspek berusia 57 tahun itu memberi keterangan bagi membantu siasatan yang dijalankan.
Biro Kebajikan UMNO tinjau mangsa Aceh pada Jumaat
Biro Kebajikan UMNO akan menghantar pasukan ke Aceh pada Jumaat bagi meninjau dengan lebih dekat lokasi bencana sebelum bantuan selanjutnya disalurkan kepada mangsa terlibat.
Tentera mantapkan mekanisme bantuan, ulama syor adakan solat ghaib
Tentera Nasional Indonesia (TNI) gerakkan anggota dan aset untuk bantu mangsa gempa, termasuk membawa masuk pakar perubatan dan pegawai kesihatan.