NATIONAL
Hamas puji pendirian negara-negara Eropah

Tujuh negara Eropah menyatakan bahawa ramai rakyat Palestin "berisiko kebuluran dalam beberapa hari dan minggu akan datang jika tindakan segera tidak diambil." - Foto Reuters
ANKARA: Kumpulan Palestin, Hamas pada Jumaat memuji beberapa negara Eropah yang menuntut genosid yang dilakukan Israel terhadap rakyat Palestin di Semenanjung Gaza dihentikan.
Ringkasan AI
- Sokongan Negara Eropah: Hamas memuji tujuh negara Eropah, termasuk Sepanyol, Norway dan Ireland, kerana menolak sikap berdiam diri terhadap krisis kemanusiaan di Gaza serta menyeru agar serangan dan sekatan dihentikan.
- Pendirian Presiden Perancis: Emmanuel Macron turut menyeru gencatan senjata segera dan menolak amalan pendudukan terhadap rakyat Palestin, memperkuat sokongan negara-negara Eropah terhadap penyelesaian konflik.
- Tindakan Undang-undang Antarabangsa: Israel berdepan dakwaan genosid dan jenayah perang di Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) serta Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ), dengan pemimpin-pemimpin Israel dikenakan waran tangkap.
"Kami tidak akan berdiam diri di hadapan malapetaka kemanusiaan buatan manusia yang berlaku di depan mata kami di Gaza," menurut Hamas dalam satu kenyataan.
Hamas turut memuji pendirian Presiden Perancis Emmanuel Macron, yang "menyeru gencatan senjata segera, penamatan sekatan tidak adil di Gaza dan menolak amalan pendudukan terhadap orang awam Palestin."
Kumpulan Palestin itu menyatakan pendirian Macron "menambah kepada beberapa pendirian negara dan tokoh Eropah yang menolak penerusan perang jenayah itu."
"Pendirian yang bermoral dan bertanggungjawab ini mewakili suara hati nurani dalam menghadapi jenayah dan pembunuhan beramai-ramai yang berterusan oleh pendudukan (Israel) terhadap rakyat kami," kata Hamas.
Tentera Israel melancarkan serangan kejam di Gaza sejak 7 Okt 2023, membunuh lebih 53,000 rakyat Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak.
Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) telah mengeluarkan waran tangkap pada November tahun lepas terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanan Yoav Gallant atas jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan di Gaza.
Israel turut berdepan kes genosid di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) berhubung peperangan di wilayah itu.
-- BERNAMA

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami