awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Cubaan larikan diri selepas kemalangan gagal, polis tahan lelaki positif dadah
Kerajaan perhebat usaha pastikan internet lebih selamat bermula tahun ini - Fahmi
Hakim syarie diseru tingkat inovasi, percepat penyelesaian kes - Raja Muda Perlis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hampir 16,000 anggota siap sedia hadapi Monsun Timur Laut di Selangor

Bernama
Bernama
28/09/2022
13:17 MYT
Hampir 16,000 anggota siap sedia hadapi Monsun Timur Laut di Selangor
Setiap anggota terlibat akan dipersiapkan khususnya dalam menguruskan sebarang kemungkinan berlaku banjir besar pada hujung tahun ini. - Gambar hiasan
SHAH ALAM: Seramai 15,972 anggota meliputi pelbagai agensi pusat dan negeri akan ditempatkan di seluruh Selangor bagi menghadapi bencana berikutan Monsun Timur Laut yang dijangka bermula November ini.
Setiausaha Bahagian (Khidmat Pengurusan) Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Muhamad Shah Osmin berkata setiap anggota terlibat akan dipersiapkan khususnya dalam menguruskan sebarang kemungkinan berlaku banjir besar pada hujung tahun ini seperti yang diramal Jabatan Meteorologi Malaysia sebelum ini.
"Persiapan tahun ini kita laksana lebih awal terutama dari segi menyiapkan anggota, bukan sahaja di peringkat negeri malah di peringkat daerah seperti ketua kampung dan wakil penduduk yang juga boleh lakukan kerja-kerja pengurusan," katanya selepas program Latih Amal dan Simulasi Bencana Selangor di sini hari ini hari ini.
Muhamad Shah berkata 164 bot akan disediakan serta ditempatkan di semua daerah, ia tidak termasuk aset lain seperti lori dan kenderaan pacuan empat roda yang akan turut diagihkan.
Menurutnya 796 pusat pemindahan sementara (PPS) yang diselia Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah diwartakan boleh menampung kira-kira 151,000 mangsa.
Mengenai program yang berlangsung selama dua hari bermula hari ini, Muhamad Shah berkata ia membabitkan 343 peserta daripada 67 agensi yang terlibat dari aspek komunikasi, perkhidmatan, peralatan dan aset dalam menghadapi bencana.
"Kami akan fokus kepada pengurusan komunikasi kerana berdasarkan dapatan postmortem, hasil kajian dan pemeriksaan di peringkat negeri mendapat ia elemen penting dalam pengurusan sesuatu insiden (bencana).
"Sekiranya tidak dilaksanakan dengan baik teratur dan tertib, kita takut berlakunya masalah dalam sesuatu pengurusan bencana sebagai contoh bantuan tidak sampai pada mangsa, bagi mencari dan menyelamat pula anggota mungkin mencari di lokasi salah serta pengurusan pascabanjir tidak diuruskan di kawasan sepatutnya," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir
#monsun timur laut
#anggota bertugas
#bencana
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan