KUALA LUMPUR: Sejumlah 19,911 aduan diterima oleh 67 Pesuruhjaya Bangunan di seluruh Semenanjung Malaysia sepanjang tahun 2020.
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Datuk Seri Ismail Abd Muttalib berkata, ia melibatkan pelbagai masalah berkaitan bangunan strata seperti kondominium, pangsapuri dan sebagainya.
"Antara kategori aduan yang diterima adalah seperti penyenggaraan dan kerosakan bangunan; mesyuarat dan pemilihan badan pengurusan; pentadbiran dan pengurusan bangunan serta isu kewangan," katanya di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan Fong Kui Lun (PH-Bukit Bintang) yang ingin tahu kedudukan aduan-aduan para penghuni kondominium dan pangsapuri yang berjaya diselesaikan atau tidak diselesaikan oleh Pesuruhjaya Bangunan dari segi bilangan, jenis aduan dan perbadanan pengurusan yang bermasalah.
Mengulas lanjut, Ismail berkata, daripada jumlah keseluruhan aduan yang diterima, sebanyak 19,719 aduan (99.04 peratus) telah diselesaikan dan baki 192 aduan (0.96 peratus) masih dalam pelbagai peringkat penyelesaian.
Ujarnya, penguatkuasaan dan kawal selia skim strata seperti kondominium, pangsapuri dan sebagainya adalah di bawah bidang kuasa Pihak Berkuasa Negeri (PBN) seperti mana termaktub di bawah Akta Pengurusan Strata 2013 (Akta 757).
Jelasnya, penguatkuasaan dan kawal selia tersebut dilaksanakan oleh Pesuruhjaya Bangunan yang dilantik oleh PBN berkenaan bagi sesuatu kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
Harits Asyraf Hasnan
Mon Nov 29 2021
Penguatkuasaan dan kawal selia skim strata seperti kondominium, pangsapuri dan sebagainya adalah di bawah bidang kuasa Pihak Berkuasa Negeri (PBN) seperti mana termaktub di bawah Akta Pengurusan Strata 2013 (Akta 757). - Gambar hiasan
Kerajaan terus perkasa TVET, penuhi keperluan industri & teknologi – TPM
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, TVET bukan saja membuka peluang kerjaya, malah menjadi pemangkin kepada pembangunan negara.
Warga emas guna PPR sebagai lokasi transit PATI
Seorang lelaki berusia 62 tahun ditahan oleh Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kedah selepas menyimpan 22 PATI warga Myanmar di rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) miliknya di Kuala Nerang, Kedah sebelum dihantar ke ejen pekerjaan di Pulau Pinang.
Nilai ringgit kukuh, inflasi terkawal petanda positif lonjakan pertumbuhan negara
Nilai Ringgit yang kembali pulih, inflasi kekal terkawal serta kadar pengangguran kekal rendah merupakan antara petanda positif yang akan melonjakkan keyakinan terhadap pertumbuhan ekonomi negara.
Zon khas untuk jual barangan tanpa subsidi bakal diperkenal
Kerajaan bakal memperkenal zon khas di kawasan sempadan untuk penjualan barangan tanpa subsidi bagi menangani aktiviti penyeludupan dan ketirisan barang kawalan.
Jenazah bayi ditahan: Laporan KKM siap selewat-lewatnya minggu depan
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzukelfy Ahmad memohon orang ramai memberi ruang kepada siasatan, ekoran keunikan kes tersebut.
[TERKINI] Polis rakam keterangan empat individu, jenazah bayi dalam peti sejuk
Polis merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
AWANI Ringkas: Spekulasi Tengku Zafrul tinggalkan UMNO
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
WTF: Tang Jie-Ee Wei hampiri kejuaraan, cipta sejarah
Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menghampiri gelaran juara Jelajah Dunia Akhir (WTF) Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas melangkah ke final edisi 2024 di Hangzhou, China, malam ini.
Hampir 20,000 aduan berkait bangunan strata sepanjang 2020
Ia melibatkan pelbagai masalah berkaitan bangunan strata seperti kondominium, pangsapuri dan sebagainya.
KPKT wujud agensi urus kediaman strata - Zuraida
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan mewujudkan satu agensi khusus bagi meningkatkan kecekapan pengurusan strata.