awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Khamenei beri amaran kepada AS serangan akan mencetuskan perang serantau
Angka korban kebakaran bar di Switzerland meningkat kepada 41
Pakistan umum boikot perlawanan Piala Dunia T20 Lelaki ICC
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerjasama Iran dengan IAEA akan diteruskan tetapi dalam 'bentuk baharu' - Menteri Luar

Bernama
Bernama
12/07/2025
21:00 MYT
Kerjasama Iran dengan IAEA akan diteruskan tetapi dalam 'bentuk baharu' - Menteri Luar
Araghchi mengulangi komitmen Iran terhadap Perjanjian Pengawalan Senjata Nuklear (NPT), sambil berkata: "Program nuklear Iran sentiasa bersifat aman dan akan kekal begitu." - Gambar Reuters
ANKARA: Menteri Luar Iran, Abbas Araghchi berkata pada Sabtu, kerjasama Tehran dengan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) tidak akan dihentikan tetapi akan "mengambil bentuk baharu bagi memastikan keselamatan kemudahan nuklearnya," lapor Anadolu Ajansi (AA) yang memetik agensi berita Tasnim.
Dalam satu pertemuan dengan duta dan ketua misi asing yang berpangkalan di Tehran, Araghchi berkata "hakikat yang sistem pengawalan senjata boleh dilanggar dengan begitu mudah merupakan satu kerosakan, sebelum menjadi satu kerugian, bukan sahaja kepada Iran, tetapi juga kepada masyarakat antarabangsa dan undang-undang antarabangsa."
Beliau mengulangi komitmen Iran terhadap Perjanjian Pengawalan Senjata Nuklear (NPT), sambil berkata: "Program nuklear Iran sentiasa bersifat aman dan akan kekal begitu," sambil menegaskan Tehran "akan terus menjadi ahli kepada NPT."
"Menurut undang-undang Parlimen, kerjasama kami diuruskan melalui Majlis Keselamatan Tertinggi Negara dan permintaan kerjasama daripada IAEA akan dinilai mengikut kes oleh majlis ini, yang akan membuat keputusan," kata Araghchi.
Konflik selama 12 hari antara Israel dan Iran meletus pada 13 Jun selepas Tel Aviv melancarkan serangan udara ke atas tapak ketenteraan, nuklear dan awam Iran, mengorbankan sekurang-kurangnya 606 orang dan mencederakan 5,332 lagi, menurut Kementerian Kesihatan Iran.
Konflik itu berakhir di bawah satu gencatan senjata tajaan AS yang berkuat kuasa pada 24 Jun.
--BERNAMA-ANADOLU
Topic Berkaitan
#Iran
#IAEA
#abbas araghchi
#NPT
#nuklear
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami