KUALA LUMPUR: Politeknik dan kolej komuniti di negara ini melahirkan hampir 7,000 usahawan dalam kalangan graduan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) sejak 2018, kata Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad.
Beliau berkata ada antara usahawan berkenaan mampu menjana pendapatan membanggakan, di samping mewujudkan peluang pekerjaan kepada individu lain.
"Berdasarkan dapatan kajian yang dilakukan, kebolehpasaran graduan TVET ini melebihi 95 peratus setiap tahun," katanya ketika berucap secara maya pada TVET Expo dan Summit 2021 (TES2021) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini, hari ini.
Beliau juga menjelaskan kebolehpasaran itu membuktikan graduan politeknik dan kolej komuniti menjadi pilihan majikan serta industri.
Mengulas lanjut, Noraini berkata Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) di bawah Kementerian Pengajian Tinggi menyokong usaha melahirkan lebih ramai 'job creator'.
Katanya TVET di Malaysia juga perlu dilihat sebagai pendidikan masa hadapan dalam membentuk set kemahiran bagi graduan menghadapi revolusi industri 4.0 dan perubahan teknologi dalam pasaran kerja.
TES2021 yang bertemakan Pendidikan Digital: The New Future itu melibatkan 5,000 peserta dalam kalangan lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan 50 institusi pendidikan.
Sementara itu, satu Memorandum Persefahaman (MoU) ditandatangani antara Ruang Cikgu Berhad dengan UTHM, National STEM Association, Persatuan Personel Lantikan Jabatan Pembangunan Kemahiran (MyPersonnel), Persatuan Malaysian Buskers Club (MYBC), Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA), Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Alumni Parlimen Belia Malaysia dan Majlis Belia Malaysia.
MoU berkenaan bagi menjalinkan kolaborasi pembangunan pendidikan digital melalui platform digital RC TVET yang dibangunkan oleh Ruang Cikgu Berhad.
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin merasmikan penutupan TES2021 itu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 07 2021
Noraini menjelaskan kebolehpasaran itu membuktikan graduan politeknik dan kolej komuniti menjadi pilihan majikan serta industri. - Bernama
318 stesen pemancar telekomunikasi terkesan banjir telah mula beroperasi - Fahmi
Fahmi berkata terdapat lima lagi stesen pemancar terkesan dengan bencana alam itu yang masih belum beroperasi.
Tumpuan Jumaat – 13 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Pencuri elektrik guna sambungan haram bawah tanah elak dikesan - Sarawak Energy
Pencuri elektrik di Sarawak kini dikesan menggunakan taktik melakukan sambungan haram secara terus dengan kabel bawah tanah bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.
Tiga premis makanan di Pulau Pinang diarah tutup kerana kotor
Tiga premis makanan diarah tutup berikutan keadaan kebersihan terutamanya di bahagian dapur kurang memuaskan dan tidak mencapai piawaian ditetapkan.
Pengurus dan penyelia kilang ditahan kes pencemaran sungai di Pasir Gudang
Jabatan Alam Sekitar (JAS) menahan pengurus dan penyelia sebuah kilang oleokimia di Kawasan Perindustrian Pasir Gudang semalam, bagi membantu siasatan kes pencemaran Sungai Buloh.
Dewan Rakyat ditangguh selepas bersidang 35 hari
Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen Ke-15 ditangguhkan hari ini selepas bersidang selama 35 hari bermula 14 Okt, menyaksikan 26 rang undang-undang diluluskan dan tiga usul substantif.
3,856 OKU berkhidmat dalam perkhidmatan awam pada 2023, meningkat 3.5 peratus - DOSM
Sejumlah 3,856 penjawat awam dari kategori OKU berkhidmat dalam perkhidmatan awam pada 2023 berbanding 3,724 orang pada 2022, menurut laporan Statistik OKU Malaysia 2023.
Mohd Rosli terima pangkat Laksamana Maritim Malaysia
Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Datuk Mohd Rosli Abdullah, secara rasmi telah menerima pemakaian pangkat Laksamana Maritim berkuat kuasa hari ini.
Dana Ihsan MADANI: Maxis, Astro, Bumi Armada, MEASAT sumbang RM5 juta
Empat syarikat korporat, Maxis, Astro, Bumi Armada dan Measat secara kolektif memberi sumbangan RM5 juta kepada dana Ihsan Madani bagi menyokong usaha bantuan dan pemulihan banjir.
AWANI Ringkas: Titah Adendum | Letak Jawatan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
KPWKM akan siasat aduan pihak ambil kesempatan terhadap kanak-kanak - Noraini
Tindakan sewajarnya akan diambil mengikut undang-undang yang diperuntuk di bawah KPWKM sekiranya pihak terbabit didapati bersalah.
Ibu bapa kanak-kanak istimewa diminta tampil, jangan malu bertemu JKM jika bermasalah
Ibu bapa yang mempunyai kanak-kanak istimewa, terutamanya autisme, diminta tidak bersendirian sekiranya mempunyai masalah.
Nahas helikopter Lumut: Khidmat kaunseling diteruskan bergantung keperluan - Noraini
Hasil pemerhatian mendapati waris mangsa masih bersedih, namun kuat semangat untuk menerima kejadian yang menimpa ahli keluarga mereka.
Keselamatan siber: Keterangkuman, kepelbagaian perkasa sumbangan wanita - Noraini
Wanita harus mula memberi fokus dan penekanan terhadap keterangkuman dan kepelbagaian perspektif bagi menangani cabaran industri dengan berkesan.
Sokong usaha Malaysia jadi peneraju pengukuhan sistem timbang tara - Wanita UMNO
Noraini menyeru semua pihak agar beri sokongan kepada usaha mendesak proses perundangan timbang tara diperkemas dan diperbaiki.
Wanita UMNO nafi minta Noraini berundur
Ujar Rosni, kebanyakan negeri menyatakan sokongan mereka tanpa paksaan kepada Ahli Parlimen Sulong itu untuk terus menerajui Wanita UMNO.
KPT alu-alukan cadangan tubuh universiti wanita
Ketika ini bilangan mahasiswi di IPTA adalah lebih 350,000 iaitu 61 peratus daripada jumlah kemasukan pelajar.
Menu Keluarga Malaysia di IPT perlu ambil kira kepelbagaian komposisi kaum
Satu pelan tindakan yang holistik, sinergi dan mampan akan dibangunkan sebagai panduan kepada IPT dalam usaha memperkasa kebajikan siswa.
Malaysia terus jadi destinasi pilihan pelajar antarabangsa - Noraini
Malaysia masih menjadi destinasi pilihan untuk pelajar antarabangsa melanjutkan pengajian mereka, kata Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Noraini Ahmad.
Banjir: Peminjam PTPTN terjejas dapat penangguhan bayaran 3 bulan
Kerajaan bersetuju memberikan penangguhan bayaran balik pinjaman PTPTN selama tiga bulan kepada peminjam yang terkesan akibat banjir yang melanda negara.