awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rasuah perolehan projek tentera: SPRM sita wang tunai, emas RM6.9 juta
AKPS KLIA rampas ubat-ubatan tidak berdaftar bernilai RM10,000
AKPS rampas benih tembikai bernilai lebih RM140,000 di Kargo KLIA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hampir 9,000 petugas penjagaan kesihatan positif COVID-19 tahun ini

Bernama
Bernama
17/02/2022
13:37 MYT
Hampir 9,000 petugas penjagaan kesihatan positif COVID-19 tahun ini
Jumlah itu meningkat daripada 284 kes pada minggu pertama tahun ini (Minggu 1/2022) kepada 3,343 kes pada minggu keenam (Minggu 6/2022).- Gambar hiasan/ Bernama
KUALA LUMPUR: Sehingga kini seramai 8,940 petugas penjagaan kesihatan (HCW) di negara ini telah dijangkiti COVID-19 tahun ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Dalam hantaran di Facebooknya hari ini, beliau berkata jumlah itu meningkat daripada 284 kes pada minggu pertama tahun ini (Minggu 1/2022) kepada 3,343 kes pada minggu keenam (Minggu 6/2022).
Dr Noor Hisham berkata seramai 5,711 HCW (kes aktif) tidak dapat berkerja selepas mereka diuji positif COVID-19, makanala 3,119 tidak hadir selepas menjadi kontak rapat, yang merupakan kira-kira 3.1 peratus daripada jumlah keseluruhan tenaga kerja Kementerian Kesihatan (KKM).
Sementara 3,229 HCW yang positif COVId-19 telah melengkapkan tempoh pengasingan mereka, dan kini telahpun kembali bekerja.
"Pada ketika ini 80.3 peratus di Malaysia telah menerima dos vaksin penggalak. Secara amnya, pada masa ini 93.3 peratus daripada keseluruhan pesakit berada di bawah pengasingan di rumah dengan tindakan susulan dilakukan secara digital," katanya.
Oleh sebab itu Dr Noor Hisham berkata MOH telah mengambil tindakan bagi memastikan gangguan minima kepada perkhidmatan dan penjagaan kepada pesakit COVID-19 dan bukan pesakit COVID-19.
Tambah beliau langkah-langkah perlu dan polisi adaptif telah diperkenalkan berdasarkan kepada data semasa yang ada dan amalan di negara lain, di mana KKM juga bekerjasama dengan fasiliti kesihatan swasta bagi membantu menguruskan pesakit COVID-19.
Sementara itu dalam hantaran berasingan, beliau berkata sejumlah 2,258,521 atau 67.7 peratus warga emas telah diberi dos penggalak daripada 3,335,309 warga emas yang telah lengkap dua dos vaksin, sehingga 7 Feb.
Menurutnya, sebanyak 1,073 pusat jagaan warga emas berdaftar dan tidak berdaftar telah dilawat, serta seramai 19,646 warga emas dan 10,173 pekerja telah diberi lengkap dua dos vaksin.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Dr Noor Hisham Abdullah
#petugas kesihatan
#kontak rapat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan