awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perutusan Tahun Baharu PM: Apa hala tuju Malaysia?
Lapangan terbang Moscow ditutup akibat ancaman dron Ukraine
Polis kenal pasti semua 40 mangsa kebakaran bar di pusat peranginan ski Switzerland
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hamzah seru semua pihak tidak buat spekulasi isu kalimah 'Allah'

Bernama
Bernama
11/03/2021
12:55 MYT
Hamzah seru semua pihak tidak buat spekulasi isu kalimah 'Allah'
Hamzah dalam kenyataannya hari ini berkata semua pihak perlu menghormati proses perundangan dan kehakiman negara. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin menyeru semua pihak supaya tidak membuat sebarang spekulasi mahupun tafsiran sendiri berhubung keputusan Mahkamah Tinggi semalam mengenai isu kalimah "Allah".
Hamzah dalam kenyataannya hari ini berkata semua pihak perlu menghormati proses perundangan dan kehakiman negara.
"Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengambil maklum keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi berkaitan isu kalimah "Allah" dan hal-hal lain yang telah dibawa oleh Jill Ireland (Jill Ireland Lawrence Bill) terhadap KDN.
"Dalam hal ini, KDN akan memutuskan tindakan susulan daripada aspek perundangan selepas menerima alasan penghakiman secara bertulis dari pihak Mahkamah Tinggi di sini," katanya.
BACA: Penganut Kristian boleh guna kalimah 'Allah'
Kalimah Allah | Penganut Kristian boleh guna untuk tujuan mendidik
Semalam, Mahkamah Tinggi di sini memutuskan bahawa penganut agama Kristian di seluruh negara boleh menggunakan kalimah "Allah" dan tiga perkataan Arab iaitu Baitullah, Kaabah dan solat dalam penerbitan agama mereka untuk tujuan pendidikan.
Ini susulan keputusan Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Nor Bee Ariffin, yang bersidang sebagai Hakim Mahkamah Tinggi, membenarkan permohonan semakan kehakiman yang dikemukakan wanita suku kaum Melanau dari Sarawak yang beragama Kristian, Jill Ireland Lawrence Bill.
Dalam permohonannya, Jill Ireland antara lain memohon perisytiharan bahawa adalah hak perlembagaannya untuk mengakses penerbitan Kristian dalam menjalankan haknya mengamalkan agama dan hak untuk pendidikan, seperti yang diperuntukkan di bawah Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Hamzah Zainudin
#Kalimah Allah
#KDN
#Kementerian Dalam Negeri
#Jill Ireland Lawrence Bill
#Mahkamah Tinggi
#Baitullah
#Kaabah
#solat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan