Hannah ada peluang buktikan tuduhan ‘pinggir Melayu’ tidak benar - Penganalisis

Chin Huat yakin, Hannah mampu melaksanakan tugas dengan baik berdasarkan prestasi semasa menyandang jawatan-jawatan awam sebelum ini. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Lantikan Hannah Yeoh sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) merupakan peluang untuk beliau dan DAP menangkis tuduhan parti itu tidak mampu melaksanakan dasar secara saksama.
Ringkasan AI
- Pelantikan Hannah Yeoh ke portfolio Wilayah Persekutuan dilihat sebagai peluang DAP menepis dakwaan tidak mampu laksana dasar secara saksama.Prestasi Hannah sebelum ini meyakinkan pemerhati bahawa beliau mampu urus isu sensitif seperti Akta PSB/URA dan membawa imej inklusif.Terdapat kebimbangan berhubung beberapa lantikan lain yang didakwa terpalit isu, menimbulkan persoalan tentang proses tapisan Jemaah Menteri.
"Jika Hannah gagal laksanakan tugasnya, khususnya dalam isu-isu yang sangat sensitif dan berisiko tinggi seperti Akta Pembaharuan Semula Bandar (Akta PSB/URA) dan mengesahkan tuduhan (Cina pinggirkan Melayu).
“Sebaliknya, jika beliau tunjukkan prestasi yang baik, saya fikir kempen tohmahan terhadap DAP akan gagal kerana menteri Cina tetapi boleh jaga semua.
“Saya ada keyakinan terhadap Hannah kerana cara kerjanya sejak menyandang jawatan Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negeri Selangor; Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat; dan Menteri Belia dan Sukan, beliau bekerja bersungguh-sungguh.
“Paling penting beliau seorang yang pandai bawa diri yang merupakan kualiti yang tidak semestinya dimiliki oleh semua menteri DAP,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam program Dialog Tiga Penjuru pada Khamis.
Hannah ada peluang buktikan tuduhan ‘pinggir melayu’ tidak benar - Penganalisis
Dalam pada itu, Pengasas Bersama UNDI18, Tharma Pillai membangkitkan kebimbangan mengenai tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, melantik individu yang terpalit isu kontroversi ke dalam pentadbiran beliau.“Saya juga hendak sebut bahawa ada beberapa individu yang dilihat bermasalah dan terpalit isu, contohnya Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Marhamah Rosli.
“Diakui ada dalam kalangan lantikan ini yang kurang dikenali. Sudahlah kurang dikenali, ditambah pula terpalit dengan beberapa isu. Ini sesuatu yang bermasalah. Ini juga bermaksud proses tapisan calon-calon Jemaah Menteri ini tidak dilakukan dengan baik,” ujarnya.
Kabinet di bawah pentadbiran Anwar sebelum ini menyaksikan empat kekosongan portfolio menteri susulan peletakan jawatan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick pada 8 November lalu, menyusul selepas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli turut meletak jawatan berkuat kuasa 17 Jun lalu selepas gagal mempertahankan jawatan Timbalan Presiden pada pemilihan PKR, Mei sebelumnya.
Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad juga meletak jawatan berkuat kuasa 4 Julai selepas tewas pemilihan Naib Presiden PKR, manakala jawatan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri disandang Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz kosong selepas beliau tamat tempoh pelantikan sebagai Senator.
Pada Selasa, Perdana Menteri mengumumkan rombakan Kabinet Kerajaan MADANI yang melibatkan 28 menteri dan timbalan menteri, merangkumi pertukaran portfolio serta lantikan baharu.
Rombakan itu menyaksikan bilangan lantikan anggota pentadbiran tertinggi di Putrajaya terus meningkat, dengan bilangan menteri berjumlah 32 orang (31 orang (2023); 28 orang (2022)). Manakala, bilangan timbalan menteri ketika ini berjumlah 30 orang (29 orang (2023); 27 orang (2022)).
Dialog Tiga Penjuru: Kabinet MADANI | Tonggak Utama Tempur PRU16
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


