Pengusaha syarikat bas disaran menghantar laporan lengkap penyelenggaraan setiap kenderaan mereka kepada pihak berkuasa sekurang-kurangnya setiap enam bulan sekali.
Pengerusi Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), Tan Sri Lee Lam Thye berkata, ia faktor penting untuk memastikan tahap keselamatan kenderaan selain mengembalikan kepercayaan penumpang terhadap perkhidmatan berkenaan.
Katanya, laporan itu boleh digunakan sebagai rujukan pihak berkuasa untuk memastikan tahap penyelenggaraan setiap kenderaan berada pada tahap terbaik sebelum membawa penumpang ke destinasi masing-masing.
"Saya rasa laporan itu boleh dibuat setiap enam bulan sekali supaya pihak berkuasa tahu sesuatu kenderaan itu dapat diselenggara dengan baik agar masalah teknikal tidak timbul.
"Saya angap cadangan untuk menyediakan laporan penyelenggaraan sesuatu kenderaan adalah satu tindakan proaktif dan boleh diambil sesebuah syarikat. Saya rasa ini juga demi kepentingan keselamatan jalan raya," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika ditanya keperluan untuk pengusaha bas dan lori untuk menghantar rekod penyelenggaraan secara berkala untuk memastikan kenderaan sentiasa dalam keadaan baik.
Pada Ahad, satu kemalangan berlaku di Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) KM265.8 arah selatan (Menora-Ipoh), membabitkan sebuah bas dan 10 buah kenderaan.
Bagaimanapun, pemandu bas ekspres yang terlibat dalam kemalangan itu sudah direman empat hari bagi membantu siasatan.
Perintah tahanan reman bermula pada Isnin hingga Khamis itu dikeluarkan oleh penolong pendaftar mahkamah majistret, Ng Geok Nee dalam prosiding di Mahkamah Majistret Ipoh.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasa Trafik Perak Superitenden Wan Jamil Wan Chik berkata pemandu bas itu mempunyai sembilan saman tertunggak dengan pelbagai kesalahan trafik sejak 2011 ke 2015.
Sementara itu jelas Lam Thye, laporan yang akan dihantar kepada agensi atau jabatan berkuasa itu juga harus lengkap dengan senarai butiran perkara yang sudah diselenggara syarikat pengusaha bas berkenaan.
Sebelum ini, Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Mohd Azharuddin Mat Sah dalam satu kenyataan memberitahu pihaknya tidak akan bertolak ansur untuk mengambil tindakan terhadap pengendali bas ekspres yang terlibat dalam kemalangan itu.
Katanya, syarikat pengendali bas itu turut berdepan tindakan penggantungan dan pembatalan lesen.
Wan Syamsul Amly
Tue Jul 12 2016
LAM THYE: 'Hantar laporan penyelenggaraan bas setiap enam bulan sekali' - Gambar fail
WTF: Tang Jie-Ee Wei hampiri kejuaraan, cipta sejarah
Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menghampiri gelaran juara Jelajah Dunia Akhir (WTF) Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas melangkah ke final edisi 2024 di Hangzhou, China, malam ini.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal - Fahmi
Kontroversi Jalur Gemilang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
SAPP umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Parti Maju Sabah (SAPP) hari ini umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
Jenazah bayi beku: Polis rekod keterangan doktor
Polis telah merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
'Allosaurus' & 'Stegosaurus' dibida £12.4 juta pound
Tiga rangka dinosaur dari era Jurassic berjaya dibida dengan nilai 12.4 juta pound pada Khamis. Bidaan itu yang berlangsung di London melibatkan dua fossil Allosaurus yang dijual berpasangan berjumlah 8.1 juta pound atau bersamaan 10.3 juta dolar Amerika.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
Francois Bayrou dilantik Perdana Menteri baharu Perancis
Presiden Perancis, Emmanuel Macron, yang sedang berhadapan tekanan politik, semalam melantik sekutunya yang berhaluan tengah, Francois Bayrou, sebagai Perdana Menteri baharu bagi negara itu.
Penunjuk perasaan Korea Selatan berhimpun menjelang undi pemecatan Presiden kali kedua
Penunjuk perasaan berhimpun di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu.
Diesel: Naikkan kuota munasabah demi kepentingan awam - Ahmad Zahid
Kata Ahmad Zahid, kenaikan sebanyak 4,000 liter berbanding kuota ketika ini itu dilihat munasabah dan sejajar keperluan penggunaan setiap bas.
12 terbunuh, 33 cedera kemalangan bas di Mesir
Media tempatan melaporkan, kemalangan itu melibatkan pelajar Universiti Galala yang terletak di bandar Galala.
Rapid KL sedia perkhidmatan 24 jam rel, laluan bas terpilih sempena Hari Kebangsaan
Perkhidmatan yang dipertingkat itu adalah sebagai inisiatif Prasarana dalam menyokong usaha kerajaan menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan.
Bas terjunam ke dalam cerun ragut 23 nyawa di Peru
Kemalangan itu berlaku di lebuh raya Los Libertadores di Ayacucho di selatan-tengah Andes.
Pesara tentera maut dilanggar lori menggelongsor
Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menyalurkan maklumat berkenaan kepada pegawai penyiasat kes.
Ops Hari Raya: 42 bas dilarang beroperasi
Sebanyak 42 bas dikenakan Notis Larangan Penggunaan Kenderaan atas pelbagai kesalahan peraturan teknikal menerusi Ops Hari Raya Aidilfitri 2024.
Kemalangan di lebuh raya ragut 12 nyawa di Jawa Barat
Sekurang-kurangnya 12 orang maut dalam nahas di sebuah lebuh raya di Karawang, Jawa Barat pada pukul 7.30 pagi waktu tempatan hari ini.
Aidilfitri: Johor sedia 23 bas bawa pulang mahasiswa dari 11 IPT
Kerajaan negeri memperuntukkan RM100,000 menerusi inisiatif Program Jom Balik Raya Bas Percuma Mahasiswa Johor bermula 29 Mac hingga semalam.
32 maut, 60 cedera dalam nahas jalan raya di Mesir
Sekurang-kurangnya 32 maut manakala 60 lagi cedera dalam nahas jalan raya melibatkan beberapa kenderaan termasuk sebuah bas, di Cairo-Alexandria Mesir pada Sabtu.
Pemandu maut, bas rempuh belakang lori
Seorang pemandu maut selepas bas dipandunya merempuh bahagian belakang sebuah lori di KM220.7 Lebuh raya Utara Selatan (PLUS) arah utara di sini awal pagi ini.