awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak gajah Asia betina lahir di Zoo Nasional Smithsonian selepas hampir 25 tahun
Hari Wilayah 2026: Presiden Mahkamah Rayuan dahului senarai penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat
MCMC, Murray Hunter rekod perintah persetujuan selepas kenyataan fitnah ditarik balik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rani Kulup ditidurkan di zon merah HUKM

Sinar Harian
Sinar Harian
05/02/2026
01:50 MYT
Rani Kulup ditidurkan di zon merah HUKM
Rani Kulup dalam hantaran di media sosial sebelum ini memaklumkan kurang sihat sejak beberapa hari lalu dan memohon orang ramai mendoakan kesihatannya. - Foto Sinar Harian
SHAH ALAM: Aktivis masyarakat, Abdul Rani Kulup Abdullah ditidurkan di zon merah di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HUKM) pada petang Rabu.
Perkara itu dimaklumkan oleh sahabatnya, Mejar (B) Razali Zakaria menerusi satu hantaran di Facebook.
Dalam kenyataan ringkas itu, Razali turut mengajak orang ramai mendoakan Abdul Rani atau lebih dikenali Rani Kulup diberikan kesembuhan.
"Angkatlah kesakitannya, permudahkanlah segala urusan rawatannya dan kembalikanlah kekuatannya seperti sediakala. Amin," katanya.
Perkara itu turut disahkan oleh pentadbir Facebook Ayahanda Abdul Rani Kulup.
"Ayah sekarang di zon merah dan ditidurkan. Mohon doakan," katanya.
Bagaimanapun, maklumat lanjut mengenai masalah kesihatan dihidapi Rani Kulup tidak didedahkan.
Rani Kulup dalam hantarannya di Facebook sebelum ini memaklumkan kurang sihat sejak beberapa hari lalu dan memohon orang ramai mendoakan kesihatannya.
"Mohon semua peminat doakan kesihatan ayah (sebab) beberapa hari ini tak berapa sihat. Walaupun tak berapa sihat, ayah tetap buat kerja," katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#rani kulup
#ditidurkan
#HUKM
#zon merah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan