Skip to main content

Malaysia

Hantu air: Satu Malaysia terkena

41538871158_TBHANTUAIR.jpg
Beberapa hari lalu, tular satu klip video seorang kanak-kanak dipegang hantu air ketika sedang mandi bersama bapanya di sebuah kolam renang.

Lokasi kolam renang itu tidak dapat dipastikan namun rakaman video pendek itu mengundang pelbagai persepsi netizen.

Ada yang mengatakan bahawa tangan itu merupakan tangan 'hantu air'.

Ada juga yang mengatakan bahawa hantu air itu boleh menyebabkan kanak-kanak lelaki tersebut lemas sekiranya tidak berpaut pada bapanya.

Bagimanapun, pada Sabtu, muncul video berkenaan yang berdurasi lebih panjang iaitu selama 52 saat.

Rakaman itu menunjukkan bahawa terdapat seorang lagi kanak-kanak lelaki di tepi kolam.

Kanak-kanak itulah yang dikatakan sebagai hantu air oleh netizen yang terpedaya dengan video tular tersebut.

Jadi, jawapan tangan misteri itu sudah terjawab. Satu Malaysia kena ‘game’.

Advertisement

Must Watch Video