KUALA LUMPUR: Hanya 0.01 peratus kematian dilaporkan dalam negara akibat COVID-19, melibatkan individu yang sudah melengkapkan dua dos vaksin, kata Khairy Jamaluddin.
Menteri Kesihatan itu memberitahu, sementara kadar kemasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) adalah 0.07 peratus.
"Berdasarkan kepada kajian populasi seramai 14 juta orang data kematian ke atas mereka yang sudah lengkap menerima dua vaksin COVID-19.
"Tak kira jenis vaksin sama ada Sinovac, Pfizer atau AstraZeneca (kematian) adalah 0.01 peratus dan kadar kemasukan ke ICU adalah 0.07 peratus.
MARI PANTAU APA AHLI PARLIMEN ANDA BUAT SEPANJANG SIDANG PARLIMEN DI SINI
"Maksudnya vaksin berkesan meskipun ada kematian, kita tahu akan berlaku kematian melibatkan mereka yang sudah lengkap divaksinasi sebab (keberkesanan) vaksin bukan 100 peratus," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja Kementerian Kesihatan di Dewan Rakyat, di sini pada Khamis.
Mengulas lanjut, Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau, memaklumkan data itu diperolehi berdasarkan kajian populasi 14 juta penduduk yang telah divaksinasi.
Katanya, mereka yang lengkap dua dos turut menerima gejala yang sangat kurang berbanding mereka yang belum menerima dos berkenaan.
Dalam pada itu, beliau menjelaskan, terma imuniti kelompok tidak lagi sesuai pada ketika dunia mendepani varian Delta
.
"Sebagai Menteri Kesihatan, saya tidak lagi menggunakan terma itu. Pada waktu kita mulakan program vaksinasi kita gunakan formula yang konvensional untuk mengira imuniti kelompok iaitu antara 70 hingga 80 peratus.
"Tetapi waktu itu sebelum penularan varian Delta. Pada ketika ini, Delta telah mengelirukan pengiraan imuniti kelompok dan adalah sukar untuk kita membuat jangkaan secara spesifik bila kita boleh mencapai imuniti kelompok," jelasnya.
Apa yang penting pada ketika ini katanya, liputaan vaksinasi yang luas termasuk kepada golongan remaja.
Menurutnya lagi, kerajaan sedang menunggu hasil kajian klinikal oleh Pfizer BioNTech untuk divaksinasi kepada kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah.
"Adalah tidak cukup hanya 70 hingga 80 peratus golongan dewasa sahaja menerima vaksin sebab kanak-kanak belum menerima vaksin lagi. Sebab itu kita tidak boleh sebut imuniti kelompok, malah pakar di seluruh dunia juga sudah berhenti menggunakan terma itu dalam konteks COVID-19," tambahnya lagi.
Umavathi Ramayah
Thu Sep 23 2021
Khairy memberitahu kerajaan sedang menunggu hasil kajian klinikal oleh Pfizer BioNTech untuk divaksinasi kepada kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah. - Gambar fail/BERNAMA
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Jawatankuasa RTG pertimbang senaraikan Nurul Izzah dalam program Fast Track RTG
Hannah berkata segala keputusan mengenai program berkenaan akan dibincangkan dan diputuskan bersama jawatankuasa program.
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
CAP minta kerajaan pertimbang tubuh Suruhanjaya Amal Malaysia
Mohideen berkata suruhanjaya itu pernah dicadangkan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pada 2020.
Pos Malaysia yakin catat keputusan kewangan lebih baik di masa hadapan
Ia antara lain menyasarkan pengoptimuman sumber dan mengurangkan risiko berkaitan trend penurunan jumlah mel untuk menyokong pertumbuhan.
SPR India tuntut maklum balas aduan terhadap Modi, Rahul Gandhi
Suruhanjaya Pilihan Raya India hari ini memaklumkan pihaknya sudah meminta maklum balas daripada parti pemerintah Bharatiya Janata Party (BJP) dan parti pembangkang, Kongres.
Penguin maharaja berdepan kepupusan akibat pencairan ais
Spesies penguin terbesar di dunia, penguin maharaja terus berdepan ancaman apabila habitatnya terjejas akibat perubahan iklim. Selain pernah disifatkan bakal pupus menjelang tahun 2050, saintis dari Pusat Penyelidikan British Antarctic Survey pada Khamis memberitahu perubahan iklim memberi kesan terhadap kecairan ais di wilayah beku Antartika yang menjadi habitat buat koloni penguin maharaja.
ANCC2024: Astro, NACSA bekerjasama anjur 'coding challenge'
Diilhamkan daripada komitmen Astro dan NACSA untuk memupuk langkah keselamatan siber yang proaktif, pertandingan itu juga bertujuan untuk menormalisasikan navigasi digital yang selamat dalam ruang siber.
COVID: KKM jangka kes Kategori 1, 2 meningkat selepas Aidilfitri
Berdasarkan trend kes COVID-19 untuk tempoh dua bulan lepas, KKM mendapati 99.5 peratus kes adalah Kategori 1 dan 2.
Tiada bukti Omicron mampu bina imuniti - Khairy
Setakat ini, tidak ada mana-mana pendekatan kesihatan awam di dunia yang menyatakan individu dijangkiti varian Omicron mampu membina imuniti kepada wabak itu.
COVID-19: 70.1 peratus penduduk Sarawak lengkap divaksin
90.7 populasi dewasa serta 41.3 peratus populasi remaja berusia 12 hingga 17 tahun di Sarawak telah melengkapkan vaksinasi.
Kebebasan memilih tidak divaksinasi bukan bererti bebas daripada akibat
Tinggal dalam sebuah masyarakat menuntut semua pihak bertindak dengan mengambil kira tanggungjawab mereka terhadap komuniti.
Pemulihan industri acara perniagaan kunci untuk bantu ekonomi negara - Irmohizam
Malaysia kini sedang menuju ke arah imuniti kelompok dan beliau berharap kerajaan mempertimbangkan untuk melonggarkan sekatan dikenakan.
Fokus perluasan capaian vaksinasi, bukan lagi imuniti kelompok - Khairy
Kerajaan tidak lagi menggunakan terma imuniti kelompok, sebaliknya fokus pada perluasan capaian vaksinasi kepada seramai yang mungkin.
81.8 peratus populasi dewasa lengkap dos vaksin COVID-19
Sejumlah 326,612 dos suntikan vaksin diberikan pada Khamis di mana 194,050 adalah bagi dos kedua, manakala 132,562 adalah bagi dos pertama.
KKM tidak lagi guna formula imuniti kelompok, fokus pemberian vaksin - Khairy
KKM tidak lagi menggunakan formula konvensional yang menilai imuniti kelompok berdasarkan capaian sekurang-kurangnya vaksinasi 80 peratus penduduk dewasa dalam usaha membendung COVID-19.
Hanya 0.01 kematian dilaporkan libatkan individu lengkap dua dos - Khairy
Hanya 0.01 peratus kematian dilaporkan dalam negara akibat COVID-19, melibatkan individu yang sudah melengkapkan dua dos vaksin.
COVID-19: 79.6 peratus populasi dewasa lengkap divaksin
Berbaki 0.4 peratus populasi dewasa sahaja lagi sebelum negara mencapai imuniti kelompok pada kadar 80 peratus.