awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemandu bas sekolah direman disyaki terlibat gangguan seksual pelajar
Bas ekspres terbabas punca kemalangan tiga kenderaan di lebuh raya PLUS - Polis
FEM 2026: Reformasi tatakelola bukan kempen mengejar tajuk berita, fasa sementara - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hanya 0.03 peratus kematian akibat COVID-19 melibatkan individu lengkap vaksinasi

Nursyazwani Saiful Sham
Nursyazwani Saiful Sham
18/08/2021
04:25 MYT
Hanya 0.03 peratus kematian akibat COVID-19 melibatkan individu lengkap vaksinasi
Berdasarkan jumlah kumulatif 12,993 kematian yang direkodkan dalam negara, hanya 80 (0.6 peratus) daripadanya sudah menerima satu dos suntikan. - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR : Hanya empat kes atau 0.03 peratus kematian dalam negara akibat COVID-19 melibatkan individu yang telah melengkapkan vaksinasi mereka.
Ia berdasarkan perkongsian analisis data klinikal terbaharu yang didedahkan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi perkongsian di Twitternya.
Malah jelasnya, berdasarkan jumlah kumulatif 12,993 kematian yang direkodkan dalam negara, hanya 80 (0.6 peratus) daripadanya sudah menerima satu dos suntikan.
"Analisis data klinikal terbaharu kami berkaitan 'peningkatan kematian' menunjukkan daripada keseluruhan 12,993 kematian direkodkan, 80 kes sudah menerima satu dos vaksin (0.6%).
"Dan empat kes sudah melengkapkan vaksinasi (0.03%)," jelasnya.
Our recent clinical audit data analysis on the breakthrough deaths showed that among the overall 12,993 deaths recorded, 80 cases had been partially vaccinated (0.6%) and 4 cases had full vaccination (0.03%).
— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) August 18, 2021
Terdahulu, dalam perkongsian berasingan di Twitter, beliau sekali lagi beri jaminan vaksin COVID-19 berkesan terhadap varian Delta.
Ia susulan laporan penurunan kes kemasukan pesakit COVID-19 ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) yang dilaporkan berkurangan lebih 50 peratus sejak seminggu lepas.
Gambar rajah ini jelas Menunjukkan penurunan kehadiran kes covid 19 ke HTAR serta kes sembuh yang meningkat dan kes kematian menurun. Semoga dipermudahkan segala urusan dan trend ini berterusan pada minggu2 akan datang.InshaAllah pic.twitter.com/zer6Z88gFz
— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) August 17, 2021
Topic Berkaitan
#Dr Noor Hisham Abdullah
#COVID-19
#suntikan
#vaksin
#kematian
#HTAR
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan