awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UNICEF salur bantuan EUR2.7 juta untuk kanak-kanak di Syria
Transformasi digital asas kesediaan Pulau Pinang jadi pangkalan utama - SPPP
Kerajaan Perancis berdepan lagi undi tidak percaya
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hanya 0.5 peratus kes baharu di Sarawak libatkan jangkitan paru-paru

Bernama
Bernama
01/10/2021
10:43 MYT
Hanya 0.5 peratus kes baharu di Sarawak libatkan jangkitan paru-paru
Hanya 12 pesakit daripada 2,413 kes positif COVID-19 di Sarawak hari ini melibatkan jangkitan paru-paru yang memerlukan bantuan pernafasan. - Foto Astro AWANI.
KUCHING: Hanya 0.5 peratus atau 12 daripada 2,413 kes positif COVID-19 di Sarawak hari ini melibatkan jangkitan paru-paru yang memerlukan bantuan oksigen dan ventilator.
Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, baki 2,401 kes pula tidak bergejala atau mempunyai gejala ringan, sekali gus menjadikan kumulatif kes di negeri ini 212,037.
Sementara itu, terdapat satu kluster komuniti diisytihar hari ini iaitu Kluster Sepangah melibatkan penduduk di sebuah rumah panjang yang terletak di Sepangah, Nanga Medamit, Limbang.
"Daripada 178 orang yang disaring, seramai 22 orang didapati positif termasuk kes indeks manakala 156 individu lagi didapati negatif," menurut JPBN Sarawak menerusi kenyataan hari ini.
Selain itu, sebanyak 26 kes kematian akibat COVID-19 direkodkan di Sarawak dari 16 hingga 30 Sept.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#jangkitan paru-paru
#kes positif
#Sarawak
#COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan