awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Usaha tangani perubahan iklim terjejas, AS tarik diri dari Dana Iklim Hijau 'radikal'
Tiada rombakan besar pemain untuk bertemu PDRM FC - Tengku Hazman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hanya 1.6 juta kemas kini maklumat dalam PADU

Bernama
Bernama
24/01/2024
05:45 MYT
Hanya 1.6 juta kemas kini maklumat dalam PADU
Sistem PADU antara lain bertujuan meningkatkan kecekapan pengurusan bagi memudahkan pengumpulan, penyimpanan, dan pengurusan data dari pelbagai sumber. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Hanya 1,613,454 individu daripada 30.08 juta orang yang didaftarkan, telah mengemas kini maklumat mereka dalam sistem Pangkalan Data Utama (PADU) setakat semalam.
Menurut maklumat dikongsikan dalam Facebook rasmi PADU, sejak dilancarkan 2 Jan lepas, Selangor merekodkan jumlah tertinggi kemas kini maklumat PADU dengan 292,534 orang, diikuti Sarawak (201,399), Johor (164,235), Perak (133,369), dan Sabah (124,375).
PADU dalam hantaran berasingan turut memaklumkan bahawa penjawat awam diminta supaya mengemas kini maklumat dan data dalam sistem PADU selewat-lewatnya 15 Feb ini.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika melancarkan PADU berkata sistem itu antara lain bertujuan meningkatkan kecekapan pengurusan bagi memudahkan pengumpulan, penyimpanan, dan pengurusan data dari pelbagai sumber.
Ia juga bertujuan meningkatkan penyampaian perkhidmatan kerajaan ke arah lebih baik dan efisien kepada rakyat.
Orang ramai yang ingin membuat pengemaskinian PADU boleh ke pautan www.padu.gov.my.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PADU
#sambutan orang ramai
#Kerajaan Perpaduan
#2024
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan