KUALA LUMPUR: Bagai menghitung hari, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini bertitah bahawa Seri Paduka bersama Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hanya mempunyai kira-kira 239 hari, sebelum menamatkan tugas dan berangkat pulang ke Pahang.
Seri Paduka menzahirkan kesyukuran kerana telah dianugerahkan taufik dan hidayah, kudrat, serta keafiatan daripada Allah SWT, untuk melaksanakan amanah besar memayungi Malaysia selama hampir lima tahun lamanya.
"Dalam perkiraan Beta, hanya 239 hari lagi sebelum Beta berdua balik ke kampung, ke negeri Pahang," titah Seri Paduka pada Istiadat Menghadap dan Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2023 di Istana Negara sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong hari ini.
Ia merupakan istiadat pengurniaan darjah kebesaran terakhir yang disempurnakan Seri Paduka sebagai Yang di-Pertuan Agong XVI setelah bersemayam sejak 2019.
Pada masa yang sama Yang di-Pertuan Agong yang juga Sultan Pahang, turut menzahirkan penghargaan dan kesyukuran kepada Majlis Raja-Raja atas kepercayaan serta amanah besar kepada Seri Paduka dalam memayungi negara hampir lima tahun sejak 2019.
Seri Paduka bertitah, nasihat dan pandangan yang dizahirkan oleh Raja-Raja Melayu telah berupaya untuk membantu dalam merungkai pelbagai kemelut yang melanda negara.
"Semangat musyawarah Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu perlu terus dijunjung dan diperkasakan, sebagai mekanisme semak dan imbang terakhir ke atas tadbir urus negara yang telus, demi kelangsungan hidup rakyat jelata," titah Baginda.
Al-Sultan Abdullah bertitah sistem penggiliran yang di-Pertuan Agong di antara sembilan Raja-Raja Melayu yang diamalkan semenjak kemerdekaan negara, menjadi bukti kekuasaan dan jawatan bukan bersifat mutlak.
Titah Seri Paduka, institusi Yang di-Pertuan Agong juga merupakan satu mercu tanda yang melindungi Perlembagaan Persekutuan, menjadi sumber keadilan, tonggak kestabilan dan penjaga kepada amalan demokrasi negara.
"Institusi Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua utama negara merupakan tiang seri kepada perpaduan melangkaui kaum, bangsa dan agama.
"Ia merupakan pemusatan dan tumpuan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi oleh Kerajaan Persekutuan; Angkatan Tentera Malaysia dan rakyat jelata sekaliannya," titah Al-Sultan Abdullah.
Seri Paduka bertitah institusi Yang di-Pertuan Agong juga merupakan pelindung kepada sekalian rakyat jelata.
"Natijahnya, Yang di-Pertuan Agong merupakan obor yang sentiasa menyinari negara agar tidak tergelincir dari acuan Perlembagaan Persekutuan, idealisme cita-cita dan harapan negara," titah Seri Paduka.
Al-Sultan Abdullah bertitah, sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong hari ini, turut melambangkan citra untuk mendaulatkan institusi berkenaan yang masih lagi kekal sebati di setiap sanubari rakyat Malaysia.
Pada masa yang sama Seri Paduka turut menzahirkan penghargaan kepada seluruh rakyat jelata atas persembahan ucapan tahniah dan doa bersempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong, yang disfatkan amat bermakna dan amat besar ertinya buat Seri Paduka berdua.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 05 2023

YDPA berdua berkenan berangkat pada Istiadat Menghadap dan Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara hari ini. -fotoBERNAMA

Mengapa syarikat penerbangan tidak boleh bekerjasama? - Tony Fernandes
Syarikat penerbangan disaran menjalin kerjasama agar dapat memacu sektor pelancongan yang berperanan besar dalam memangkin pertumbuhan ekonomi negara.

Tiada lagi telatah Pak Ali The Legend
Pemergian Allahyarham Mohamad Ali Husin, 66, atau lebih dikenali dengan panggilan 'Pak Ali The Legend' pada petang Selasa lalu, sangat dirasai peminatnya terutama di negeri ini.
Pembelian BPI RM160 setiap 50 kg bantu kawal harga nasi
Kebenaran pembelian Beras Putih Import (BPI) pada harga borong iaitu RM160 setiap 50 kilogram bertujuan membantu mengawal kos operasi dan memastikan harga nasi tidak dinaikkan.

PayNet beri penjelasan berhubung pengenaan yuran transaksi DuitNow QR
Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet) hari ini menjelaskan mengenai pengenaan yuran transaksi untuk pembayaran DuitNow QR dan transaksi yang dibuat dengan kad kredit berkuat kuasa 1 Nov 2023.

Tun Taib hadir sambutan Maulidur Rasul Sarawak
Kali terakhir Taib menghadiri majlis rasmi adalah empat bulan lalu iaitu pada 21 Mei 2023 di Tebingan Sungai Kuching untuk Majlis Sambutan Minggu Perpaduan Peringkat Kebangsaan

Allahyarham Awang Askandar dikurniakan anugerah khas sambutan Maulidur Rasul
Bekas Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah Allahyarham Left Kol (PA) Awang Askandar Ampuan Yaacub dikurniakan Anugerah Khas sempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul.

Kekalkan perpaduan rakyat dengan keikhlasan, persefahaman - Tun Juhar
Perpaduan sangat penting kerana ia merupakan faktor utama yang menjadi tunjang kepada kelestarian negeri serta negara dalam melakar kemajuan dan kesejahteraan rakyat.

Naikkan harga 30 produk, KPDN tunggu jawapan Gardenia
Menurut Fuziah, Gardenia diberi tempoh enam hari untuk menjelaskan justifikasi tindakan tersebut yang dijadual bermula 1 Oktober ini.

Lebih 100,000 dijangka meriahkan Karnival Uniti Pesta Bola Merdeka Kuala Lumpur 2023
Penganjuran karnival tersebut diadakan sempena kejohanan Pesta Bola Merdeka Kuala Lumpur 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil.

PRK Pelangai: 'Tak undi BN, jangan suruh anak balik' hanya seloroh - Wan Rosdy
Apa yang dimaksudkan adalah mahu anak-anak rantau pulang dan memberi sokongan kepada BN yang lebih mampu memberi pembangunan di kawasan itu.

Maulidur Rasul: Malaysia capai kejayaan jika berpegang syariat Islam, nilai murni Rasulullah - Agong
Negara akan mencapai puncak kejayaan hakiki sekiranya terus berpegang kepada syariat Islam dan nilai-nilai murni serta akhlak tinggi Rasulullah SAW dalam tadbir urus negara.

Sambutan Maulidur Rasul: Agong seru ambil iktibar kejatuhan tamadun akibat fitnah
Titah Baginda, akhlak mulia Rasulullah SAW telah membawa Islam menjadi kuasa besar serta tamadun yang hebat di dunia.

Agong, Permaisuri berangkat ke Majlis Santapan Malam Festival Tanglung
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan untuk berangkat ke Majlis Santapan Malam Festival Tanglung Perpaduan Cina 2023, malam ini.

Pengurusan Mahkamah Syariah hendaklah terus diperkasa, ditambah baik - Agong
Yang di-Pertuan Agong bertitah agar pengurusan Mahkamah Syariah termasuk kedudukan hakim dan peguam syarie perlu terus diperkasa.

Jambatan Al-Sultan Abdullah diharap memangkin ekonomi masyarakat - Ahmad Zahid
Jambatan Guai di Kampung Seberang Guai di Bera, diharap dapat memangkin ekonomi masyarakat tempatan.

'Masih rindu, harap orang Borneo juga rindu orang Pahang' - Agong
Yang di-Pertuan Agong bertitah bahawa pengalaman sepanjang meyertai Kembara Kenali Borneo masih meninggalkan kesan kepada Seri Paduka Baginda sekeluarga.

Agong berkenan rasmi Jambatan Guai, harap bawa pembangunan kepada penduduk sekitar
Yang di-Pertuan Agong berkenan mencemar duli menyempurnakan perasmian Jambatan Guai di Kampung Seberang Guai di Bera, hari ini.

Sultan Johor sedia laksana tugas negara
Sultan Ibrahim yang mendahului senarai penggiliran menaiki takhta sebagai Yang di-Pertuan Agong, menzahirkan kesediaan memikul tanggungjawab itu.

Agong berkenan melawat Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan
Yang di-Pertuan Agong berkenan berangkat ke Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan di Sungkai.

Laksana NIMP 2030 dengan lancar dan berkesan - Agong
Yang di-Pertuan Agong menitahkan agar misi-misi yang dirancang dan ditetapkan dalam NIMP 2030 dapat dilaksanakan dengan jayanya demi kesejahteraan dan kemakmuran ekonomi rakyat dan negara.