awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sekatan ke luar negara hanya kepada peminjam PTPTN berpendapatan tinggi yang culas
Kuala Lumpur dipacu sebagai bandar pintar berpaksikan rakyat - Hannah
Reman lelaki disyaki bunuh ibu disambung tujuh hari lagi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hanya 24 peratus ibu bapa periksa kandungan gajet anak

Bernama
Bernama
20/01/2018
11:19 MYT
Hanya 24 peratus ibu bapa periksa kandungan gajet anak
Hanya 48 peratus ibu bapa mengehadkan masa penggunaan gajet dan 3.7 peratus pula tidak memantau penggunaan gajet anak-anak. - Gambar hiasan
Hanya 24 peratus daripada ibu bapa memeriksa kandungan gajet anak-anak mereka yang berusia tiga hingga 17 tahun, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim.
Menurut Rohani, keputusan itu diperoleh daripada 1,165 responden yang terdiri daripada ibu bapa yang mengikuti program sepanjang sambutan Bulan Keluarga Kebangsaan 1Malaysia pada November tahun lepas.
"Hampir 80 peratus ibu bapa didapati membenarkan anak-anak mereka memiliki dan menggunakan gajet. Namun, hanya 15.1 peratus daripada ibu bapa akan melarang penggunaan gajet jika anak mereka melakukan kesalahan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Katanya lagi, kajiselidik itu juga mendapati hanya 48 peratus ibu bapa mengehadkan masa penggunaan gajet dan 3.7 peratus pula tidak memantau penggunaan gajet anak-anak.
Tahun lepas, pihak kementerian telah mengambil inisiatif dengan melaksanakan kempen 'No Gadget Hour' bagi memastikan ibu bapa menggunakan masa dengan lebih berkualiti bersama anak-anak berbanding mengutamakan penggunaan gajet.
--BERNAMA
Topic Berkaitan
#anak
#gajet
#keluarga
#kempen
#No Gadget Hour
#Pantau
#Rohani Abdul Karim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan