KLANG: Hanya 35 peratus atau seramai 176,883 suri rumah mendapat perlindungan di bawah Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) setakat Isnin, berbanding sasaran 500,000 suri rumah yang ditetapkan Kementerian Sumber Manusia pada tahun ini.
Menterinya V. Sivakumar berkata kerajaan amat menggalakkan semua suri rumah di bawah usia 55 tahun untuk mendapatkan perlindungan skim tersebut, serta para suami untuk mencarum SKKR bagi pihak isteri masing-masing demi perlindungan dan kebajikan pasangan mereka.
SKSSR yang berkuat kuasa pada 1 Dis 2022, diperkenalkan di bawah Akta Keselamatan Sosial Suri Rumah 2022, bertujuan untuk menyediakan perlindungan keselamatan sosial kepada golongan suri rumah daripada bencana domestik dan keilatan, semasa menguruskan rumah tangga.
"Saya juga amat menggalakkan pihak ketiga seperti pertubuhan bukan kerajaan dan syarikat swasta untuk menaja caruman ini bagi golongan suri rumah," katanya dalam sidang media selepas menyampaikan faedah Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) kepada penerima di sini pada Selasa.
Beliau berkata setakat 24 Mei lepas, sebanyak RM167,000 faedah SKSSR dibayar kepada suri rumah berinsurans dan keluarga mereka, membuktikan SKSSR mampu memberi perlindungan buat suri rumah dan keluarga mereka, sekiranya ditimpa kemalangan, keilatan atau kematian berkaitan pengurusan rumah tangga.
Selain itu, Sivakumar berkata pihaknya turut menyasarkan seramai sejuta pekerja ekonomi gig berdaftar dan membuat caruman dengan PERKESO bagi melindungi mereka daripada pelbagai risiko ketika bekerja.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 30 2023

Sivakumar (kiri) ketika hadir menyerahkan faedah kepada orang berinsurans Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) K. Gunasegaran (dua, kiri) pada Ziarah Prihatin. - Foto BERNAMA
Pejabat Presiden Indonesia di Nusantara siap 38 peratus
Presiden Indonesia, Joko Widodo memaklumkan pembinaan pejabat presiden di ibu negara baharunya, Nusantara di Pulau Borneo siap 38 peratus.

Selangor juara bina rumah mampu milik - Amirudin
Selangor berjaya membina 40,000 unit rumah mampu milik dalam tempoh lima tahun sejak 2018, kata Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.
Queenstown isytihar darurat tujuh hari
Langkah itu perlu bagi membolehkan perkhidmatan kecemasan membantu mereka yang terjejas.

Agong berkenan serah kunci Ru'RASA, zahir penghargaan kepada UAE
Al-Sultan Abdullah hari ini berkenan menyerahkan kunci Rumah Rakyat Al-Sultan Abdullah (Ru'RASA), yang dibina dengan kerjasama kerajaan UAE kepada lapan penerima di daerah ini.

MCMC gesa pelaporan berita yang bertanggungjawab dan elak kandungan manipulatif
MCMC mendapati, beberapa pelaporan telah dijadikan senjata untuk memanipulasi kandungan serta mencetuskan rasa tidak hormat dan naratif yang mengelirukan.

Ringgit ditutup tinggi jejaki pasaran ekuiti positif
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini berikutan permintaan sederhana, menjejaki sentimen positif di pasaran ekuiti walaupun unit negara maju mengukuh.
Imigresen bongkar kegiatan palsu dokumen, selindung di sebalik madrasah
Jabatan Imigresen membongkar perbuatan sepasang suami isteri etnik Rohingya yang menjalankan kegiatan memalsukan dokumen untuk pelarian dengan berselindung di sebalik operasi madrasah mengajar al-Quran di Kampung Permatang Pauh, Simpang Empat.
Air naik mendadak, mangsa tidak sempat selamatkan barangan
Mangsa banjir di daerah Baling menyifatkan paras air naik terlalu mendadak sehingga mereka tidak sempat untuk menyelamatkan barang-barang di dalam rumah.
Hampir 2 bilion panggilan, 581 juta SMS mencurigakan berjaya disekat
Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil memaklumkan, hampir dua bilion panggilan dan 581 juta perkhidmatan pesanan ringkas (SMS) mencurigakan disekat daripada sampai kepada pengguna Malaysia dengan bantuan penyedia perkhidmatan syarikat telekomunikasi (telco) bagi menangani isu penipuan dalam talian.

Sekolah Kebangsaan Permatang Tok Kandu terbakar
Sekolah Kebangsaan Permatang Tok Kandu di Jalan Permatang Pauh, di sini, mengalami kebakaran dalam kejadian jam 6 petang tadi.

Keluarga pemandu bas ekspres maut kemalangan ketika Aidilfitri terbela
Keluarga mangsa menerima Faedah Pengurusan Mayat berjumlah RM2,000 yang disampaikan oleh Pengarah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Kelantan Nora Yaacob.

Individu bekerja sendiri digesa carum SKSPS
Sehingga kini, terdapat kira-kira 8,600 orang yang mencarum dan berdaftar di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 (Akta 789).

KSM lihat kaedah lain bagi mudahkan pemberian pampasan Perkeso
Bayaran pampasan adalah berdasarkan peruntukan perundangan dan cadangan daripada jemaah doktor serta jemaah rayuan.

SKSSR: Perlu beri peluang kepada suri rumah 55 tahun ke atas - Gerakan
SKSSR) yang mula dilaksanakan pada 1 Disember 2022 perlu turut dibuka kepada golongan wanita berumur 55 hingga 77 tahun.

Perkeso laksana pelarasan kos sara hidup bermula Januari tahun depan
Inisiatif itu adalah lanjutan daripada Kajian Penilaian Aktuari ke-11 dengan mengambil kira keadaan sosial dan ekonomi semasa di Malaysia.

Pesawat terhempas: Waris Fajim Juffa layak terima bantuan faedah Perkeso
Waris Allahyarham Fajim Juffa Mohd Mustafa Kamal, jurulatih penerbangan yang terkorban dalam nahas pesawat ringan di Ipoh, layak menerima bantuan faedah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

8,843 majikan baharu mendaftar dengan Perkeso dalam tempoh pemutihan
Ia merupakan peningkatan memberangsangkan iaitu lebih 14 peratus berbanding 7,709 majikan baharu yang mendaftar pada April 2022.

Caruman KWSP, Perkeso artis antara dibincang dalam 'task force' industri kreatif - Zahidi
K-KOMM sedang berbincang tentang bagaimana untuk mempergiatkan lagi usaha menjaga kebajikan artis termasuk dalam hal membabitkan royalti.

Peruntukan RM21.18 juta kepada imam, bilal, siak, guru takmir dan guru KAFA di N. Sembilan
Caruman kerajaan bagi Pakej Program SPS Lindung Perkeso juga diteruskan tahun ini kepada imam, bilal, siak dan guru takmir.

Perkeso Kelantan sasar 10,000 rakyat Kelantan bekerja sendiri mencarum skim SKSPS
Sejak diperkenalkan pada 2017, hanya sekitar 20 peratus daripada kira-kira 43,000 OBS yang telah mencarum SKSPS.