awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump jemput Presiden Colombia ke White House selepas ancam operasi ketenteraan
Nubhan tak hadir, proses sulh untuk tuntutan harta sepencarian gagal
WhatsApp tambah ciri tag nama dalam kumpulan dan peringatan acara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hanya 36 jenis bunga api dibenar dijual secara umum sempena Aidilfitri

Bernama
Bernama
28/04/2021
15:54 MYT
Hanya 36 jenis bunga api dibenar dijual secara umum sempena Aidilfitri
Pelanggaran kepada syarat-syarat ditetapkan, tindakan undang-undang boleh diambil di bawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 (Akta 207). - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Penjualan bunga api musim perayaan bagi Aidilfitri 2021 adalah dibenarkan dengan hanya 36 bunga api jenis ‘Pop-Pop’ dan ‘Happy Boom’ boleh dijual kepada umum.
Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran) Bukit Aman Datuk Mat Kasim Karim berkata penjualan itu perlu mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan antara bunga api yang dibenarkan dijual secara umum adalah Pop-Pop, Happy Boom Dush 20, Happy Boom Glow of Sunset, Happy Boom Flower Silver Cracking Rain dan Happy Boom Thunder Clap (Rockets).
Katanya, perkara itu telah diluluskan Kementerian Dalam Negeri bagi mengimport, menyimpan dan berniaga bunga api untuk jualan umum sempena musim perayaan di negara ini.
Bagaimanapun, beliau berkata terdapat sembilan jenis bunga api ‘Happy Boom’ bagi kategori jualan umum sempena musim perayaan (bersyarat) itu tidak boleh diniagakan oleh peniaga kecil, peruncit dan pasar raya, antaranya Happy Boom Red Cracker, Happy Boom Assorted Celebration Cake Repeate, Happy Boom Shoot Cake dan Happy Boom Tikus 50.
Menurutnya, beberapa syarat yang perlu dipatuhi peniaga kecil, peruncit dan pasar raya ialah penjual adalah warganegara Malaysia serta lesen berniaga yang mengandungi senarai bunga api jenis ‘Happy Boom’ dan ‘Pop-Pop’ hendaklah dipamerkan bagi tujuan pemeriksaan serta penguatkuasaan oleh pihak berkuasa.
“Tempoh jualan hanya dibenarkan selama 30 hari sahaja (15 hari sebelum dan 15 hari selepas tempoh musim perayaan) tertakluk kepada kelulusan dan budi bicara pesuruhjaya polis atau ketua polis negeri.
“Penjualan di luar kawasan bangunan pasar raya (pemborong/pasar raya besar) atau pusat beli belah adalah dibenarkan dengan syarat mempunyai tempat simpan selamat dan diperakui Bahagian Persenjataan PDRM serta mempunyai lesen serta permit daripada pihak berkuasa tempatan,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Peniaga kecil dan bazar juga dibenarkan dengan bersyarat iaitu mempunyai tempat simpanan yang selamat dan diperakui oleh Bahagian Persenjataan PDRM, manakala perniagaan runcit seperti 7-Eleven, 99 Speedmart, Mr DIY dan lain-lain yang seumpamanya hanya dibenarkan menjual satu jenis bunga api sahaja iaitu Pop-Pop dan mempunyai permit PDRM.
“Urus niaga secara dalam talian atau menerusi sebarang aplikasi media sosial adalah tidak dibenarkan selain tidak dibenarkan menjual bunga api di restoran dan kedai makan serta kepada pembeli berumur kurang daripada 18 tahun.
“Semua pihak yang menjalankan perniagaan ini diingatkan supaya mematuhi prosedur operasi standard yang dikeluarkan oleh PDRM dan pihak berkuasa bagi mengekang pandemik COVID-19 termasuk individu yang ingin bermain bunga api,” katanya.
Beliau berkata pelanggaran kepada syarat-syarat ditetapkan, tindakan undang-undang boleh diambil di bawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 (Akta 207) yang boleh dikenakan hukuman penjara tujuh tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya sekali.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bunga api
#penjualan bunga api
#dibenarkan
#dengan bersyarat
#musim perayaan
#Aidilfitri
#Bukit Aman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan