Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini telah memperkenankan kerajaan negeri untuk membuat pindaan kepada Enakmen Lambang-Lambang dan Nama-Nama (Mencegah Daripada Salah Guna) 1962 bagi menangani pemakaian darjah kebesaran tanpa pengiktirafan.
Ini kerana Baginda melihat kegiatan tersebut termasuk membeli dan menjualnya oleh pihak tidak bertanggungjawab, baik daripada Istana mahupun kerajaan negeri Selangor semakin berleluasa sejak kebelakangan ini.
"Perbuatan ini adalah satu penipuan yang salah dari segi undang-undang.
"Seperti yang termaktub dalam Perkara 38 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor, Beta sahajalah sebagai Sultan Selangor yang berhak menganugerahkan dan mewujudkan darjah kebesaran, bintang dan pingat dalam negeri ini," titah baginda dalam istiadat pembukaan persidangan penggal keempat Dewan Negeri Selangor ke-13 tahun 2016 di Bangunan Dewan Negeri Selangor.
Baginda juga bertitah, sudah diberi maklum oleh Kerajaan Negeri bahawa pindaan yang dicadangkan melalui Rang Undang-Undang Lambang-Lambang dan Nama-Nama (Mencegah Daripada Salah Guna) (Pindaan) 2016 akan dibentang dalam sidang dewan kali ini.
Pindaan tersebut akan meliputi perkara berkaitan pencegahan penganugerahan darjah kebesaran yang tidak diiktiraf di samping penetapan kadar hukuman yang lebih berat bagi kesalahan yang dilakukan di bawah enakmen tersebut.
"Beta berharap dengan pengenalan rang undang-undang ini akan dapat membendung kegiatan tidak bermoral dan beretika ini, sekaligus melindungi kedaulatan Beta sebagai Sultan Selangor," titah baginda.
Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim memaklumkan yang kerajaan sedang dalam proses menggubal undang-undang khusus membendung penyalahgunaan gelaran darjah kebesaran.
Katanya, kerajaan tidak mengiktiraf darjah kebesaran yang dikurniakan pertubuhan, persatuan atau institusi dalam atau luar negara yang wujud hanya sebagai pusat kebudayaan atau pemulihan adat budaya dan tradisi.
Mengikut Perlembagaan Persekutuan, hanya Yang di-Pertuan Agong, Raja-Raja, Yang Dipertua Negeri, ketua negara serta ketua negara asing dalam kalangan negara berdaulat berhak mengurniakan darjah kebesaran.
Sementara itu dalam titahnya, Sultan Sharafuddin turut mengingatkan seluruh rakyat Selangor beragama Islam untuk terus berpegang teguh dengan ajaran dan amalan Ahli Sunnah Wal Jamaah dan menghayatinya dengan prinsip keadilan, ihsan, kesederhanaan dan toleransi.
Ia berikutan cabaran yang dihadapi dunia Islam yang dilihat semakin luas dan hebat termasuk penyebaran ajaran sesat serta fahaman radikal yang menjurus kepada kegiatan ekstrimisme.
Pada masa sama, baginda turut berpesan supaya menghnidar segala bentuk amalan berunsur rasuah khususnya dalam urus tadbir kerajaan dan menerapkan prinsip keterbukaan, integriti dan bertanggungjawab bagi mengekalkan kesinambungan kemajuan sesebuah negara.
Merujuk sejarah kerajaan Rom, titah baginda, sebuah kerajaan yang hebat sekalipun mampu rebah kerana budaya rasuah, fitnah-memfitnah yang berleluasa dan menjadi barah dalam kalangan pimpinan tertinggi akibat gaya kehidupan bermewah-mewah.
Israr Khalid
Mon Mar 28 2016

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan supaya Enakmen Lambang-Lambang Dan Nama-Nama (Mencegah Daripada Salah Guna) 1962 dipinda Kerajaan Negeri. - Gambar fail
Penstrukturan semula Sapura Energy lalui kelulusan pemiutang, proses mahkamah
Penstrukturan semula Sapura Energy Bhd (SEB) sudah melalui kelulusan pemiutang serta proses mahkamah manakala suntikan kerajaan bukannya geran tetapi pelaburan ke arah memulihkan ekosistem minyak dan gas (O&G) yang strategik untuk ekonomi negara.

Kes rogol pelajar: Pengajar institut kemahiran di Kemaman direman
Seorang tenaga pengajar di sebuah institut kemahiran di Kemaman direman enam hari kerana disyaki merogol seorang pelajarnya, hujung tahun lepas.

Palsu dokumen, modus operandi sindiket tipu JPN peroleh sijil kelahiran - Saifuddin
Satu sindiket dikesan mengemukakan dokumen kelahiran palsu dan memperdaya Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi mendapatkan sijil kelahiran sah untuk dijual dalam pasaran gelap.
Sindiket MyKad dan sijil kelahiran palsu tumpas
JPN menumpaskan sindiket pemalsuan MyKad dan sijil kelahiran dalam dua operasi berasingan. Beberapa individu ditahan, termasuk seorang peguam, dengan rampasan peralatan pemalsuan serta dokumen palsu yang digunakan untuk tujuan penipuan identiti.

TH terima 84,000 rayuan isi kekosongan haji
Lembaga Tabung Haji (TH) telah menerima 84,000 rayuan untuk mengisi kekosongan jemaah yang tidak dapat mengerjakan ibadat haji tahun ini.
[TERKINI] Kes Zayn Rayyan: Ibu bapa tidak mengaku salah abaikan
Ibu bapa kepada kanak-kanak autistik, Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen petaling jaya atas pertuduhan pindaan berhubung kesalahan mengabaikan anak mereka, pada tahun 2023.
Pantau Belanjawan: Hutang BNPL | Risiko besar masa depan di sebalik revolusi kewangan
Peningkatan transaksi BNPL kepada RM7.1 bilion menimbulkan persoalan kritikal mengenai kestabilan ekonomi, kawal selia undang-undang, dan risiko kewangan pengguna. Bagaimana RUU Kredit Pengguna dapat menyeimbangkan perlindungan pengguna tanpa menghalang inovasi Fintech?
AWANI Ringkas: JPN tumpaskan sindiket palsu sijil kelahiran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Delegasi Malaysia jalan kajian empirikal pengasingan kuasa Peguam Negara, Pendakwa Raya di UK
Datuk Seri Azalina Othman Said kini berada berada di London, United Kingdom bersama delegasi Malaysia untuk kajian empirikal cadangan pengasingan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya negara itu.

PM Anwar hadir program Ihya Ramadan di KKDW
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa menghadiri program Ihya Ramadan anjuran Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah.

Dikurnia gelaran Datuk, suntikan semangat tingkat perkhidmatan kepada rakyat - Fahmi
Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil menyifatkan pengurniaan Darjah Kebesaran Panglima Mahkota Wilayah yang diterimanya hari sebagai satu suntikan semangat.

Rafizi ketuai 555 penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat Negeri Sembilan
Ahli Parlimen Pandan yang juga Timbalan Presiden PKR itu dianugerahkan Darjah Seri Setia Negeri Sembilan Yang Amat Cemerlang (SSNS) membawa gelaran Datuk Seri.

Mariwasa bangga jadi penghasil pingat, darjah kebesaran
Mariwasa menjadi pembekal dan pembuat darjah kebesaran untuk hampir semua kerajaan negeri, kerajaan Persekutuan dan beberapa negara luar, antaranya Maldives, Oman dan Kuwait.

MDDM terima lebih 200 aduan individu guna gelaran, darjah palsu
Majlis Datuk Dato' Malaysia (MDDM) menerima lebih 200 laporan dan aduan berkaitan penyalahgunaan anugerah dan darjah kebesaran palsu dan yang tidak diiktiraf sejak dua tahun lepas.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dahului senarai penerima darjah, pingat kebesaran Perak
Syed Danial, 80 tahun, dianugerahkan darjah tertinggi negeri iaitu Darjah Dato' Seri Paduka Mahkota Perak (SPMP) yang membawa gelaran Datuk Seri.

Toh Puan Fauziah dahului senarai penerima darjah kebesaran sempena hari jadi TYT Sarawak
Isteri Yang Dipertua Negeri Sarawak Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi mendahului senarai 1,046 penerima darjah kebesaran.

Sultan Ibrahim berangkat ke Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran
Yang di-Pertuan Agong berkenan menghadiri Istiadat Menghadap dan Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2024 di Istana Negara.

Kon Yeow akui tidak tahu senarai darjah kebesaran Pulau Pinang bocor
Chow Kon Yeow berkata, beliau hanya mengetahui perkara itu setelah diajukan soalan oleh wartawan pada Ahad.

Darjah kebesaran, pingat 'asing' tanpa perkenan Agong tidak sah diguna pakai - MDDM
Darjah kebesaran, pingat atau bintang kehormatan yang diterima seseorang warganegara dari negara luar tanpa perkenan Yang di-Pertuan Agong, adalah tidak sah.

Sultan Terengganu kurnia darjah kebesaran kepada 104 individu
Sultan Terengganu berkenan mengurniakan Bintang-bintang Darjah Kebesaran Negeri Terengganu Darul Iman kepada 104 individu di Istana Syarqiyyah, hari ini.