KUALA LUMPUR: Hanya dua peratus firma di Malaysia mempunyai tahap kesediaan 'matang' bagi menangani risiko keselamatan siber termaju, susut berbanding 16 peratus pada 2023, menurut Indeks Kesediaan Keselamatan Siber Cisco 2024.
Indeks yang berdasarkan tinjauan ke atas lebih 8,000 sektor keselamatan swasta serta peneraju perniagaan merentasi 30 pasaran global membuat penilaian ke atas kesediaan syarikat dalam lima tonggak utama iaitu perisikan identiti; ketahanan rangkaian; kebolehpercayaan mesin; pengukuhan awan dan kecerdasan buatan (AI).
Indeks tersebut mendedahkan bahawa lebih separuh atau 66 peratus organisasi berada di bawah tahap kesediaan 'pemula' atau 'formatif' manakala di peringkat global, hanya tiga peratus syarikat berada pada tahap 'matang'.
Di bawah 'jangkaan insiden siber akan datang', penemuan itu menyaksikan 77 peratus responden berkata mereka meramalkan insiden keselamatan siber akan mengganggu perniagaan mereka dalam tempoh 12 hingga 24 bulan akan datang.
"Kos tidak bersedia boleh menjadi besar selepas 73 peratus responden berkata mereka mengalami insiden keselamatan siber dalam tempoh 12 bulan lepas dan 44 peratus daripada mereka yang terjejas mengakui telah membelanjakan sekurang-kurangnya US$300,000," katanya
Di bawah 'kelebihan penyelesaian titik', penemuan itu melihat pendekatan tradisional mengguna pakai penyelesaian titik keselamatan siber berbilang tidak memberikan hasil yang berkesan kerana 87 peratus responden mengakui mempunyai penyelesaian berbilang titik telah memperlahankan keupayaan pasukan mereka untuk mengesan, bertindak balas dan pulih daripada insiden.
"Ini menimbulkan kebimbangan besar memandangkan 68 peratus organisasi ini menjelaskan mereka telah menggunakan sepuluh titik atau lebih penyelesaian dalam susunan keselamatan mereka, manakala 24 peratus berkata mereka mempunyai 30 atau lebih," katanya lagi.
"Kita tidak boleh memandang rendah terhadap ancaman yang ditimbulkan oleh sikap terlalu yakin kita sendiri. Organisasi hari ini perlu mengutamakan pelaburan dalam platform bersepadu serta bersandar AI untuk beroperasi pada skala mesin yang akhirnya memihak kepada kita," kata Naib Presiden Eksekutif dan Pengurus Besar Keselamatan dan Kerjasama Cisco, Jeetu Patel.
Sementara itu, Pengarah Urusan Cisco Malaysia Hana Raja berkata landskap ancaman hari ini lebih rumit berbanding sebelumnya, malahan, banyak firma di seluruh dunia termasuk di Malaysia terus ketinggalan dalam daya tahan siber mereka.
"Firma-firma ini perlu menggunakan pendekatan platform yang akan menyediakan paparan data bersepadu yang mudah, selamat, ke dalam keseluruhan seni bina mereka dalam mengukuhkan postur keselamatan selain memanfaatkan peluang yang datang dengan teknologi baru muncul dengan sebaik-baiknya," katanya.
Tambah Cisco lagi, untuk mengatasi cabaran landskap ancaman hari ini, firma-firma ini sewajarnya mempercepatkan pelaburan yang bermakna dalam keselamatan, termasuk penggunaan langkah keselamatan yang inovatif dan pendekatan platform keselamatan bagi merapatkan jurang kemahiran keselamatan siber.
Untuk melihat laporan itu secara penuh, boleh lawati https://newsroom.cisco.com/c/dam/r/newsroom/en/us/interactive/cybersecurity-readiness-index/documents/Cisco_Cybersecurity_Readiness_Index_FINAL.pdf
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 02 2024
Hanya dua peratus firma di Malaysia mempunyai tahap kesediaan 'matang' bagi menangani risiko keselamatan siber termaju, susut berbanding 16 peratus pada 2023, menurut Indeks Kesediaan Keselamatan Siber Cisco 2024. - Gambar hiasan/REUTERS
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Hanya dua peratus firma tempatan mampu bertahan daripada ancaman siber - Cisco
Hanya dua peratus firma di Malaysia mempunyai tahap kesediaan 'matang' bagi menangani risiko keselamatan siber termaju, susut berbanding 16 peratus pada 2023.
Moody's nilai semula kapasiti kerajaan beri sokongan
Moody's berkata, ini berdasarkan insiden kegagalan bank yang berlaku dalam semua pasaran di Asia Pasifik, kecuali di Singapura.
Kami bukan juruaudit TH - Ernst & Young
Firma itu menjelaskan, pihaknya tidak menyemak penyata pendapatan TH dan tidak terlibat dalam penilaian aset dan liabiliti TH dan aset anak-anak syarikatnya.
Penyelarasan industri penting untuk kurangkan kesan sistemik serangan siber ke atas sistem kewangan
Kertas Putih yang diterbitkan oleh The Depository Trust Clearing Corp (DTCC) dan Oliver Wyman, firma perunding pengurusan global terkemuka, mengesyorkan peningkatan penyelarasan di seluruh industri.
Polis Kanada siasat misteri kematian jutawan Apotex dan isteri
Misteri kematian seorang bilionair dan Pengasas firma farmaseutikal Apotex Inc. Barry Sherman dan isteri, Honey Sherman sedang disiasat polis Kanada.
Bukti menunjukkan firma mempunyai wakil wanita lebih berjaya
Syarikat yang mempunyai ramai wakil wanita dalam lembaga pengarah dan jawatan pengurusan kanam telah terbukti mencatat prestasi yang lebih baik.
Kerani firma guaman dipenjara 5 tahun, denda RM50,000
Kerani sebuah firma guaman hari ini dijatuhi hukuman penjara 5 tahun dan denda RM50,000 atau 50 bulan penjara jika gagal membayar denda.