KOTA KINABALU: Sabah dilihat sebagai wilayah yang 'rugi' apabila hanya diberikan dua portfolio menteri penuh berbanding Sarawak yang mendapat lima portfolio termasuk jawatan Timbalan Perdana Menteri II dalam Kabinet Kerajaan Perpaduan dipimpin Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Timbalan Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) Datuk Arthur Joseph Kurup turut menyuarakan kebimbangan berlaku pengabaian ke atas pembangunan dan projek kemajuan negeri itu seperti yang pernah berlaku pada 2018 di bawah pemerintahan Pakatan Harapan.
"Pembatalan begitu banyak projek pembangunan infra rakyat terutamanya Projek Pan Borneo Sabah ketika dipimpin Kerajaan Pakatan Harapan pada tahun 2018 masih segar dalam ingatan rakyat Sabah. Begitu juga langkah-langkah penjimatan yang diambil dengan mengurang atau menghapuskan bantuan yang pada asasnya bertujuan untuk membantu rakyat.
"Sehubungan itu, Sabah memerlukan lebih ramai representasi dalam kabinet Persekutuan bagi membangunkan wilayah itu selain berharap agar kesilapan lalu (Kerajaan Pakatan Harapan) tidak diulangi bagi memastikan jurang pembangunan di antara Sabah dan Semenanjung dapat dirapatkan," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Arthur yang juga Ahli Parlimen Pensiangan berharap Kerajaan Perpaduan tidak mengabaikan Sabah memandangkan negeri itu memerlukan banyak bantuan dari segi pembangunan dan rakyat.
Untuk rekod, daripada 25 kerusi Parlimen di Sabah, 24 Ahli Parlimen menyatakan sokongan terhadap Kerajaan Perpaduan.
Daripada jumlah itu Barisan Nasional Sabah (tujuh Ahli Parlimen) merupakan penyumbang terbesar dalam komposisi tersebut tetapi Sabah hanya diberikan dua jawatan Kabinet dan tiada daripada BN Sabah.
Pada pengumuman kabinet Kerajaan Persekutuan yang baharu menyaksikan Sabah diberikan dua portfolio iaitu Datuk Ewon Benedick dilantik sebagai Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, manakala Datuk Armizan Mohd Ali (GRS) pula dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak).
Sementara itu, Sarawak masing-masing diberikan lima portfolio kementerian melalui perlantikan Datuk Seri Fadillah Yusof sebagai Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Perladangan Dan Komoditi; Datuk Seri Alexander Nanta Linggi (Menteri Kerja Raya); Datuk Seri Nancy Shukri (Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat); Datuk Seri Tiong King Sing (Menteri Pelancongan) dan Datuk Ago Dagang (Menteri Perpaduan Negara).
Abdul Hafiz Mustadi
Sat Dec 03 2022


BNM, Bank Dunia umum inisiatif untuk sokong hasil positif alam semulajadi
Bank Negara Malaysia (BNM) dan Bank Dunia hari ini mengumumkan dua inisiatif utama untuk membolehkan sektor kewangan menyokong hasil positif semula jadi.

COP28 bertindak untuk menyokong pihak yang ‘rapuh’ kerana perubahan iklim
Persidangan Perubahan Iklim PBB (COP28) hari ini secara rasmi mendukung Deklarasi mengenai Iklim, Bantuan, Pemulih dan Keamanan di hari keempat pengajarannya.

Pelancong Jerman maut ditikam berhampiran Menara Eiffel di Paris
Seorang pelancong Jerman maut manakala dua lagi cedera dalam serangan berhampiran Menara Eiffel di ibu negara Perancis pada Sabtu malam.

KPKT akan bantu Johor selesai isu penempatan semula 10,301 rumah setinggan
Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan membantu menyelesaikan isu penempatan semula 10,301 unit rumah setinggan, di Johor.
Siapa akan berentap di pentas akhir?
Minggu yang cukup mendebarkan bagi semua peminat program hiburan All Star Gegar Vaganza. Siapa yang akan berentap di pentas akhir yang bakal diadakan di Axiata Arena Bukit Jalil minggu hadapan?

Malaysia terima 26 juta pelancong setakat November - MOTAC
Sebanyak 26 juta pelancong telah direkodkan memasuki negara dari tempoh 1 Jan hingga 15 Nov lepas, berdasarkan statistik terkini dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia.
Tempuh 750 batu nautika demi Eksesais Maritim Perkasa Barat 2023
Kapal Maritim (KM) Nusa antara 14 kapal yang mengharungi perjalanan sejauh 750 batu nautika yang bermula.
COP28: Alam punah, kesihatan manusia parah
Editor Astro AWANI, Dzulfitri Yusop membawa perkembangan hari ketiag Persidangan COP28 di Dubai yang menjadikan sektor kesihatan sebagai tumpuan perbincangan. Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa turut ditanyakan mengenai hubung kait perubahan iklim dan juga kesihatan manusia.

Polis rampas lebih 7 kilogram pil yaba
Polis merampas lebih tujuh kilogram (kg) pil Yaba bernilai RM385,330 menerusi dua serbuan berasingan di sekitar Jerteh, Besut, pada Rabu lepas.
[TERKINI] Bekas menteri Chua Jui Meng meninggal dunia pada usia 80 tahun
Bekas Menteri Kesihatan Datuk Chua Jui Meng meninggal dunia hari ini pada usia 80 tahun.

Status wilayah: Takrifan khas dalam Perlembagaan Persekutuan perlu dipinda - Abdul Karim
Sekiranya benar, Sabah dan Sarawak akan diiktiraf sebagai wilayah, maka perkara itu disambut baik oleh Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah.