KOTA KINABALU: Keabsahan kedudukan Datuk Seri Hajiji Noor sebagai Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menurut seorang penganalisis politik perlu ditentukan melalui Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM).
Penganalisis Kajian Elektoral dan Geopolitik Borneo (GEOPES) Universiti Malaysia Sabah (UMS), Dr. Syahruddin Awang Ahmad berkata, secara logiknya apabila Hajiji mengisytiharkan keluar daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada 10 Disember lalu, kedudukannya sebagai Pengerusi GRS turut terkesan.
Ini kerana beliau dilantik ke jawatan berkenaan atas kapasitinya sebagai Ketua Pimpinan Bersatu Sabah.
Jelas Syahruddin keabsahan kedudukan Hajiji perlu dijustifikasikan melalui Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) bagi mengembalikan keyakinan dalam anggota gabungan dan rakyat negeri itu.
"Ini penting untuk pihak-pihak lain terutama sekali Datuk Seri Ronald Kiandee sebagai Pengerusi Perhubungan Bersatu Sabah yang baharu mempertikaikan keabsahan Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor selaku Pengerusi GRS.
"Dan sebenarnya kalau secara logik apabila Hajiji mengumumkan untuk keluar daripada Bersatu, sudah tentu beliau tidak ada hak untuk menuntut bahawa beliau masih ada kapasiti sebagai Pengerusi Perhubungan Bersatu Sabah sekaligus pengerusi kepada GRS itu sendiri.
"Maka dengan sebab itu EGM perlu dilakukan dengan segera untuk menimbulkan keyakinan dalam anggota GRS itu sendiri dan juga rakyat negeri Sabah", ujar Syahruddin ketika dihubungi media pada Ahad.
Dalam pada itu, Syahruddin turut berkata kenyataan Timbalan Pengerusi GRS, Datuk Seri Maximus Ongkili yang memutuskan untuk menggugurkan keanggotaan Bersatu sebagai ahli gabungan GRS pada 9 Disember turut menguatkan lagi alasan perlunya ada justifikasi kukuh mengenai pengekalan Hajiji sebagai Pengerusi GRS kerana beliau bukan lagi ahli Bersatu.
"Bagi saya ini adalah sesuatu yang agak aneh kerana bila menggugurkan Bersatu dari salah satu daripada entiti dalam GRS ia adalah satu tindakan yang menunjukkan ketiadaan Bersatu dan juga Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor selaku mantan Pengerusi Bersatu Sabah dalam keanggotaan GRS itu sendiri.
"Maknanya Bersatu sudah tidak wujud dan sepatutnya Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor juga tidak wujud dalam GRS dan untuk itu kewujudan Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor selaku Pengerusi GRS juga boleh dipersoalkan kerana atas kapasiti apa beliau masih wujud ataupun berada dalam GRS sekarang", tambah Syahruddin.
Pada 10 Disember yang lalu, Hajiji secara serentak bersama-sama pimpinan Bersatu Sabah mengisytiharkan keluar daripada parti itu dan kekal di dalam GRS sebagai ahli secara individu.
Pada 17 Disember, Pengerusi Bersatu Sabah baharu, Datuk Seri Ronald Kiandee mempertikaikan keabsahan memorandum persefahaman menyokong kerajaan Pakatan Harapan yang ditandatangani Hajiji mewakili GRS sebagai Pengerusi atas alasan beliau bukan lagi ahli Bersatu selain kedudukannya sebagai Pengerusi GRS yang dilantik atas kapasiti Ketua Pimpinan Bersatu sebelum itu perlu diputuskan semula melalui satu mesyuarat dalam GRS.
BACA: Permuafakatan: Tindakan Hajiji tandatangani perjanjian persefahaman tidak sah - Ronald Kiandee
BACA: GRS gugurkan keanggotaan Bersatu pada 9 Dis lalu, putuskan Hajiji kekal Pengerusi
Abdul Hafiz Mustadi
Sun Dec 18 2022
Kedudukan Hajiji selaku Pengerusi GRS mencetuskan perdebatan berikutan selepas statusnya kini tidak berparti selepas meninggalkan Bersatu Sabah. - Foto Bernama
Usia emas bukan penghalang sertai sukan lasak
Yee Sze Mun membuktikan bahawa usia 86 tahun bukan penghalang bagi seorang individu menyertai perlumbaan sukan lasak Ironman.
RISDA saran pemilik tanah sertai tanaman semula getah berkelompok
Menerusi TSB, pekebun kecil dapat menikmati pelbagai manfaat termasuk bantuan teknikal, sokongan kewangan dan akses kepada teknologi moden.
TERAJU akan wujudkan dana RM1 bilion bantu perusahaan Bumiputera
Dana yang menggunakan kaedah leveraj dan penggandaan itu akan dilaksanakan dengan sokongan rakan usaha sama.
Malaysia teroka tenaga solar di kawasan tadahan air
Malaysia sedang teroka cara untuk mengoptimumkan kawasan tadahan air bagi menjana tenaga solar tanpa menjejaskan alam sekitar dan kualiti air.
Cabut undi projek pastikan kontraktor G1-G4 dapat peluang - Nanta
Ia dapat memastikan kontraktor kelas berkenaan peluang untuk melibatkan diri dalam kerja-kerja pembaikan infrastruktur jalan Persekutuan.
Pelaksanaan mekanisma levi pelbagai peringkat (MLTM) dijangka bermula Januari 2025
Mekanisma levi pelbagai peringkat (MLTM) dijangka dilaksanakan pada Januari hadapan, selepas perinciannya dimuktamadkan dan diluluskan Jemaah Menteri, kata Menteri Sumber Manusia, Steven Sim.
Portal UP_TVET bertujuan untuk memudahkan proses permohonan
Saluran permohonan untuk mengikuti kursus Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang dahulunya mengelirukan kini dibuat melalui satu saluran tunggal iaitu menerusi portal Unit Pengambilan TVET atau singkatannya UP_TVET yang dibangunkan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).
Menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi,penggunaan saluran tunggal UP_TVET yang fleksibel dengan mengambil kira keperluan pelbagai syarat masuk merupakan satu inisiatif untuk membuka ruang seluasnya kepada rakyat Malaysia untuk menyertai program TVET.
Menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi,penggunaan saluran tunggal UP_TVET yang fleksibel dengan mengambil kira keperluan pelbagai syarat masuk merupakan satu inisiatif untuk membuka ruang seluasnya kepada rakyat Malaysia untuk menyertai program TVET.
Kerajaan digesa bawa Mala pulang dari penjara Nepal
Kerajaan didesak untuk membawa pulang seorang rakyat Malaysia yang meringkuk di penjara Nepal atas kesalahan Imigresen.
Jemaah lega dapat luah perasaan di Ranting Hati
Jemaah haji Malaysia melahirkan rasa lega kerana berpeluang meluahkan perasaan sejak tiba di Tanah Suci menerusi tulisan terapi naratif yang menghasilkan Ranting Hati, satu inisiatif terbaharu diperkenalkan oleh Unit Kaunseling Tabung Haji (TH) sebagai platform menangani cabaran sebagai tetamu Allah sepanjang operasi musim ini.
Proses penggapungan kapal ambil masa 21 jam
Kapal berdaftar di Singapura, Dali yang melanggar struktur Jambatan Francis Scott Key di Baltimore, Maryland yang kemudiannya runtuh, mempunyai klasifikasi yang sah dan sijil berkanun yang meliputi integriti struktur kapal dan fungsi peralatannya. Penguasa Maritim dan Pelabuhan Singapura (MPA) berkata kapal kargo itu juga telah menjalani dua pemeriksaan yang diluluskan oleh dua pelabuhan asing pada Jun dan September 2023 dengan klasifikasi dan tinjauan berkanun seterusnya dijangka pada Jun 2024.
GRS tidak tergugat dengan hasrat Bersatu tawan semula Sabah
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) tidak tergugat dengan kenyataan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah yang yakin dapat merampas semula negeri itu pada Pilihan Raya Negeri akan datang.
Hanya EGM yang boleh tentukan keabsahan Hajiji sebagai Pengerusi GRS - Penganalisis
Jelas Syahruddin keabsahan kedudukan Hajiji perlu dijustifikasikan melalui Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) bagi mengembalikan keyakinan dalam anggota gabungan dan rakyat negeri itu.
4 MP GRS tidak langgar Akta Antilompat Parti, sudah tinggalkan Bersatu Oktober lalu - Wan Junaidi
Empat ahli Parlimen Gabungan Rakyat Sabah (GRS) telah meletak jawatan daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada awal bulan Oktober 2022 iaitu sebelum Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Empat MP Sabah perlu kosongkan kerusi, jika peletakan jawatan diterima parti - Wan Junaidi
Empat bekas Ahli Parlimen Bersatu yang bertanding atas tiket GRS pada PRU15 dan meninggalkan parti perlu mengosongkan kerusi Parlimen masing-masing sekiranya peletakan jawatan mereka diterima.
Belum ada rundingan rasmi antara PGRS dan bekas pemimpin Bersatu Sabah
Presiden PGRS, Stephen Jimbangan ketika dihubungi Astro AWANI mengesahkan belum ada rundingan rasmi bersama bekas pemimpin Bersatu.
Bersatu Sabah belum 'lumpuh', Ronald Kiandee masih pemimpin parti
Ahli Parlimen Beluran Datuk Seri Ronald Kiandee menjelaskan kekal bersama Bersatu di Sabah walaupun kepimpinan negeri itu bertindak keluar parti hari ini.
Hajiji dan kepimpinan Bersatu Sabah tinggalkan Bersatu, akan tubuh parti tempatan baharu
Kepimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah mengumumkan meninggalkan parti itu hari ini.
PRU15: Jika calon Bersatu Sabah menang, sumbang kepada PN - Muhyiddin
Setiap calon Bersatu yang bertanding atas tiket GRS akan memberi sumbangan kepada Perikatan Nasional untuk menentukan beberapa kerusi di peringkat Dewan Rakyat.
Bersatu Sabah pertahan enam kerusi Parlimen dimenangi pada PRU lalu - Ketua Srikandi
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah akan mempertahan enam kerusi parlimen yang dimenangi parti itu pada pilihan raya umum lalu.
'Ahli parti bebas datang dan pergi' - Komen Masidi tentang tindakan Mohamaddin
Masidi menyifatkan tindakan Mohamaddin adalah perkara biasa kerana ahli (parti) bebas datang dan pergi.