KUALA LUMPUR: Perjanjian persefahaman gabungan parti-parti politik menyokong Kerajaan Pusat pimpinan Pakatan Harapan yang ditandatangani Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Datuk Seri Hajiji Noor disifatkan tidak sah dan tidak mewakili aspirasi parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) melalui GRS.
Ketua Badan Pimpinan Bersatu Sabah, Datuk Seri Ronald Kiandee berkata, hal ini kerana Bersatu Sabah adalah parti pengasas GRS dan menurut Fasal 6.1 (ii) Perlembagaan GRS, Bersatu merupakan ahli yang sah badan gabungan itu.
"Saya ingin memaklumkan bahawa Bersatu Sabah sebagai ahli badan gabungan GRS tidak pernah terlibat dalam sebarang perbincangan yang memutuskan supaya GRS mengikuti perjanjian persefahaman dengan gabungan-gabungan parti lain untuk membentuk kerajaan Persekutuan diketuai PH," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Ronald yang juga Ahli Parlimen Beluran menegaskan, Hajiji yang dilantik sebagai Pengerusi GRS atas kapasiti beliau sebagai Ketua Badan Pimpinan Bersatu Sabah sebelum ini, tidak lagi mempunyai keabsahan untuk kekal sebagai pengerusi gabungan itu kerana tindakan beliau keluar Bersatu.
Oleh itu katanya, keahlian beliau dalam GRS kini hanyalah sebagai ahli individu dan kedudukannya sebagai Pengerusi GRS hendaklah diputuskan semula oleh Majlis Tertinggi GRS.
Pada 10 Disember lalu, kepimpinan Bersatu Sabah diketuai Hajiji mengumumkan keluar daripada parti itu.
Menurut Hajiji, keputusan itu dibuat setelah mempertimbangkan keadaan lanskap politik negara ketika ini terutama di Sabah.
Hajiji yang juga Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berkata, semua bekas ahli Bersatu termasuk beliau akan menubuhkan sebuah parti tempatan baharu tetapi buat masa ini akan menjadi ahli GRS.
Malah semalam di Putrajaya, Hajiji bersama Setiausaha GRS, Datuk Seri Masidi Manjun menandatangani memorandum persefahaman gabungan parti-parti politik menyokong Kerajaan Pusat pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Perdana Menteri.
Astro Awani
Sat Dec 17 2022

Ronald mendakwa Hajiji kini bukan lagi Pengerusi GRS kerana pelantikannya sebelum ini dibuat atas kapasiti sebagai Ketua Badan Pimpinan Bersatu Sabah. - Gambar fail

PN hanya terbuka kerjasama dengan UMNO demi masa depan rakyat – Hamzah
Menurut Hamzah, kenyataan yang dikeluarkannya dalam podcast Keluar Sekejap baru-baru ini disalah tafsir.

BYD atasi Tesla, catat pendapatan AS$107.2 bilion pada 2024
Pendapatan tersebut meningkat 29 peratus berbanding tahun sebelumnya, melebihi unjuran Bloomberg sebanyak CN766 bilion.

Pemandu kereta rempuh penunggang motosikal bawah jejambat ditahan
Siasatan awal mendapati, penunggang motosikal yang berhenti di lorong kecemasan di bawah jejambat, dirempuh sebuah kereta dari belakang.

'Yayasan Amal Malaysia terima dana USAID - fitnah jahat'
Mohd Razali berkata, YAM beroperasi secara bebas dengan berlandaskan prinsip ketelusan, integriti dan kebertanggungjawaban dalam setiap inisiatif.

Agensi pelarian PBB gantung hampir semua bantuan perubatan di Mesir
Mulai sekarang, agensi PBB hanya boleh membiayai rawatan kecemasan dalam situasi yang mengancam nyawa, kata jurucakap UNHCR.

Turkiye penting untuk keselamatan Eropah, kata Erdogan
Erdogan menegaskan bahawa Eropah tidak boleh memastikan keselamatannya tanpa Turkiye.

Pesuruhjaya Perdagangan EU ke Washington untuk elak perang perdagangan
Sefcovic dijadualkan bertemu dengan Setiausaha Perdagangan AS, Howard Lutnick, dan Wakil Perdagangan, Jamieson Greer.

Angola tarik diri sebagai pengantara konflik DR Congo - Presiden
Pengantara baharu akan dikenal pasti dalam beberapa hari akan datang, kata presiden Angola dalam satu kenyataan.

Kesuma galak syarikat media buat caruman wartawan, jurufoto sambilan
Setakat tahun lepas, seramai 700 orang wartawan dan 500 jurugambar sambilan telah melakukan caruman dalam skim perlindungan sosial.

Singapura rampas e-vaporiser bernilai lebih AS$150,000
HSA dan ICA memaklumkan bahawa e-vaporiser tersebut dirampas dalam dua operasi berasingan.

Dakwaan kerajaan Sabah pimpinan GRS, PH gagal tidak berasas - Hajiji
Dakwaan pembangkang kononnya kerajaan Sabah yang kini ditadbir Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Pakatan Harapan (PH) gagal adalah suatu yang tidak berasas, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Mangsa banjir di Beaufort, Membakut terima bantuan tunai RM1,300 - Hajiji
Setiap keluarga mangsa banjir di Beaufort dan Membakut menerima bantuan tunai kecemasan berjumlah RM1,300 daripada kerajaan Persekutuan dan Sabah.

Sabah Maju Jaya: Isu perumahan, masalah setinggan dapat perhatian
Kata Hajiji, masalah perumahan berpunca daripada kos sewa yang tinggi akhirnya menyumbang kepada lambakan perumahan setinggan.

YKN sumbang RM300,000 bantu mangsa banjir di Sabah
Yayasan Kebajikan Negara (YKN) hari ini menyalurkan sumbangan RM300,000 kepada kerajaan Sabah bagi membantu meringankan beban penduduk terjejas banjir.

Mesyuarat GRS Ahad ini bincang pembahagian kerusi PRN Sabah - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dijadual mengadakan mesyuarat Ahad ini, antara lain bagi membincangkan pembahagian kerusi yang akan ditandingi dalam PRN Sabah Ke-17.

Bantuan RM25 juta amat diperlukan - Hajiji
Bantuan RM25 juta diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim amat diperlukan bagi membantu membaiki infrastruktur yang rosak dan musnah susulan banjir di Sabah.

Sabah beri bantuan bulanan RM300 untuk golongan miskin bermula Februari
Kerajaan Sabah akan melaksanakan program Sentuhan Kasih Rakyat 2025 mulai bulan depan dengan menyediakan bantuan bulanan RM300.

Hajiji yakin Sabah terus makmur bawah naungan Tun Musa Aman
Beliau berkata Musa adalah payung bagi seluruh rakyat, simbol kedaulatan negeri yang bermaruah serta pengukuh perpaduan dan keharmonian masyarakat yang berbilang bangsa, agama dan budaya.

Beri perhatian penuh kepada rakyat, pesan Tun Juhar
Juhar berkata, tanpa sokongan dan kepercayaan rakyat, tiada kejayaan yang dapat diraih oleh Sabah sepanjang 14 tahun tempoh pentadbirannya.

Jasa Tun Juhar amat besar kepada Sabah - Hajiji
Juhar menyaksikan pelbagai insiden di Sabah yang melibatkan kerencaman dunia politik, ekonomi, keselamatan, kesihatan dan pendidikan.